Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:20 - Alkitab Versi Borneo

20 Engkau mengurniakan Roh-Mu yang baik untuk mengajar mereka. Manna-Mu tidak Kautahan daripada mulut mereka dan Engkau memberi mereka air sebagai penawar haus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

20 Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan; Engkau memberi mereka manna sebagai makanan, Engkau memberi mereka air sebagai minuman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

20 Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan; Engkau memberi mereka manna sebagai makanan, Engkau memberi mereka air sebagai minuman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:20
24 Iomraidhean Croise  

Selama bertahun-tahun Engkau sabar terhadap mereka dan menerusi Roh-Mu, Engkau mengingatkan mereka dengan perantaraan para nabi-Mu, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Oleh sebab itu Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa segala negeri.


Dia membukakan batu pejal, maka air terpancar; lalu mengalir di tempat-tempat gersang seperti sungai.


Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu, kerana Engkaulah Allahku; biarlah Roh baik-Mu membimbing aku di alam ketulusan.


Ketika orang Israel melihatnya, berkatalah mereka sesama diri, “Apakah ini?” kerana mereka tidak tahu apa benda itu. Kata Musa kepada mereka, “Inilah roti yang dikurniakan TUHAN kepadamu sebagai makanan.


Empat puluh tahun lamanya orang Israel makan manna itu, sampai mereka tiba di negeri yang berpenduduk. Dimakanlah mereka manna itu sampai tiba di perbatasan Tanah Kanaan.


Kemudian berfirmanlah TUHAN kepada Musa, “Sesungguhnya, Aku akan menghujani kamu dengan roti dari langit. Tiap-tiap hari bangsa itu harus keluar untuk memungut keperluan satu hari secukupnya. Dengan demikian, Aku dapat menguji sama ada mereka mahu hidup menurut hukum-Ku.


Tetapi umat itu kehausan di sana dan ingin minum. Maka mereka merungut-rungut kepada Musa dan berkata, “Mengapakah engkau memimpin kami keluar dari Mesir? Hanya untuk membunuh kami, anak-anak kami, dan ternakan kami dengan kehausan?”


Aku akan hadir di hadapanmu di atas batu pejal di Horeb. Pukullah batu pejal itu, maka air akan keluar dari dalamnya sehingga bangsa itu dapat minum.” Lalu Musa melaksanakan hal itu di hadapan mata para tua-tua Israel.


Mereka tidak berasa dahaga apabila Dia menuntun mereka melalui tempat-tempat yang tandus. Dia mengalirkan air bagi mereka dari batu pejal, Dia membelah batu pejal sehingga air memancar keluar.


Mereka tidak akan berasa lapar atau dahaga, mereka tidak akan tersengat oleh panasnya padang pasir atau teriknya matahari, kerana Dia yang menyayangi mereka akan menuntun mereka dan membimbing mereka ke mata-mata air.


Ini sejajar dengan ikatan perjanjian Aku dengan kamu sewaktu kamu keluar dari Mesir. Maka Roh-Ku berada di tengah-tengah kamu. Oleh itu, janganlah takut!


Aku akan hadir dan berfirman kepadamu di sana, lalu Aku akan mengambil sebahagian daripada Roh yang ada padamu dan meletakkannya pada mereka lantas mereka akan menanggung beban bangsa ini bersama dengan kamu, sehingga kamu tidak perlu menanggungnya bersendirian.


Yesus menjawab, “Kalaulah kamu mengetahui pemberian Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, ‘Berilah Aku minum,’ tentulah kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.”


tetapi sesiapa minum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi selama-lamanya. Air yang akan Kuberikan itu akan menjadi mata air dalam dirinya dan memberinya hidup yang kekal.”


Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, demi Tuhan Yesus Kristus dan demi kasih daripada Roh Kudus, berdoalah bersungguh-sungguh bersamaku kepada Allah bagi diriku,


Mereka makan makanan rohani yang sama


(kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar),


Sehari selepas mereka memakan hasil negeri itu, tiada lagi manna bagi orang Israel lalu mereka memakan hasil Tanah Kanaan pada tahun itu.


kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi disuarakan oleh orang ketika digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan