Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Orang Israel yang sejati mengasingkan diri daripada semua orang asing lalu berdiri mengakui dosa mereka dan kesalahan nenek moyang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:2
24 Iomraidhean Croise  

dan jika mereka sedar akan diri di negeri tempat mereka tertawan, lalu berbalik serta memohon belas kasihan kepada-Mu di negeri tempat mereka tertawan itu dengan berkata, ‘Kami telah berdosa, bersalah, dan berbuat fasiq;’


Maka sekarang, buatlah pengakuan kepada TUHAN, Allah nenek moyangmu, dan lakukanlah apa yang menjadi kehendak-Nya. Pisahkanlah dirimu daripada bangsa-bangsa negeri ini dan daripada perempuan-perempuan asing.”


Orang Israel yang kembali daripada pembuangan memakan korban itu, demikian juga semua orang yang meninggalkan segala kenajisan penduduk di negeri itu dan bergabung dengan mereka untuk beribadat kepada TUHAN, Allah Israel.


Setelah selesainya semua itu, aku didatangi para pemimpin lalu mereka berkata, “Para warga Israel, para imam, dan bani Lewi tidak memisahkan diri daripada penduduk negeri ini, iaitu bani Kanaan, bani Het, bani Feris, bani Yebus, bani Amon, bani Moab, orang Mesir, dan orang Amori, serta segala perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.


Ya TUHAN, Allah Israel, Engkaulah yang benar! Namun begitu, kami masih ditinggalkan sebagai baki orang yang terselamat, seperti yang terjadi pada hari ini. Lihatlah, kami menghadap hadirat-Mu dengan kesalahan kami, meskipun tidak ada yang tahan berdiri di hadapan-Mu kerana hal ini.”


Warga orang Israel mengambil isteri daripada anak perempuan mereka itu bagi diri mereka dan bagi anak-anak mereka, sehingga benih yang suci sudah bercampur dengan bangsa-bangsa negeri ini. Bahkan para pemimpin dan para pegawailah yang lebih dahulu banyak melakukan kemungkaran ini.”


semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau.


Rakyat selebihnya, iaitu para imam, bani Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, para hamba Bait Allah, dan semua orang yang memisahkan diri daripada umat negeri itu demi mematuhi hukum Taurat Allah, berserta para isteri mereka, anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan, dan semua orang yang dapat mengerti dan memahami hukum tersebut,


menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya.


Apabila rakyat mendengar hukum Taurat itu, mereka memisahkan semua orang peranakan daripada kalangan orang Israel.


Demikianlah kusucikan mereka daripada semua yang asing dan kutetapkan tugas-tugas para imam serta bani Lewi dalam pekerjaan masing-masing.


Selamatkan aku dan lepaskan aku daripada tangan orang asing yang berdusta dengan lidah, dan menipu dengan tangan kanan.


Hulurkan tangan-Mu dari atas; selamatkan aku dan lepaskan aku daripada bahaya air yang besar, daripada tangan orang asing


Orang yang menyembunyikan pelanggarannya tidak akan beruntung, tetapi sesiapa mengakui dan meninggalkannya akan mendapat rahmat.


Sungguh, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan kaum Yakub, kerana mereka dipenuhi tahyul dari Timur. Mereka menjadi peramal seperti orang Filistin, dan berjabat tangan dengan orang kafir.


Ya TUHAN, kami menyedari kefasiqan kami dan kesalahan nenek moyang kami. Sungguh, kami telah berdosa terhadap Engkau.


Hanya, akuilah kesalahanmu, bahawa engkau telah menderhaka terhadap TUHAN, Allahmu, telah melampiaskan nafsu berahimu dengan kalangan orang asing di bawah pokok yang rimbun, dan tidak mematuhi Aku,’ ” demikianlah firman TUHAN.


Sewaktu aku berbicara dan berdoa, mengaku dosaku dan dosa bangsaku Israel, dan menyampaikan permohonanku ke hadirat TUHAN, Allahku, bagi gunung suci Allahku,


Mereka berlaku khianat terhadap TUHAN, kerana mereka melahirkan anak yang haram. Sekarang, perayaan bulan baru akan memakan habis mereka dan ladang mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan