Nehemia 9:19 - Alkitab Versi Borneo19 Engkau tidak meninggalkan mereka di gurun itu atas sebab teramat besarnya kasih sayang-Mu. Tiang awan tidak meninggalkan mereka pada siang hari untuk memimpin mereka di jalan, demikian juga tiang api pada malam hari untuk menerangi jalan yang harus ditempuh mereka. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)19 Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir, kerana rahmat-Mu sungguh besar! Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang api yang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik19 Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir, kerana rahmat-Mu sungguh besar! Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang api yang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari. Faic an caibideil |
Atas sebab itulah Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan pihak lawan yang menyesakkan mereka. Namun demikian, ketika mereka berseru kepada-Mu pada masa mereka mengalami kesesakan, dari syurga Engkau mendengar permohonan mereka, dan kerana kasih sayang-Mu yang sebegitu besar, Kauberi mereka beberapa orang penyelamat yang melepaskan mereka daripada tangan pihak musuh mereka.
maka tentunya mereka akan menceritakan hal itu kepada penduduk negeri ini. Penduduk negeri ini telah mendengar bahawa Engkau, ya TUHAN, hadir di tengah-tengah bangsa ini, kerana Engkau, ya TUHAN, tampak nyata di hadapan mereka melalui awan-Mu yang berdiri di atas mereka. Dalam tiang awan Engkau memimpin mereka pada siang hari dan dalam tiang api pada malam hari.
Ingatlah seluruh perjalanan yang kamu tempuh dalam pimpinan TUHAN, Allahmu, di gurun selama empat puluh tahun ini. Melalui semua itu Dia bermaksud untuk merendahkan hatimu, menguji kamu, dan mengetahui apa yang ada dalam hatimu, sama ada kamu mahu berpegang teguh pada segala perintah-Nya atau tidak.