Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:17 - Alkitab Versi Borneo

17 Mereka tidak mahu taat dan tidak mengingati perbuatan-perbuatan ajaib yang telah Kaubuat dalam kalangan mereka. Mereka mengeraskan hati, dan dalam penderhakaan mereka itu, mereka melantik seorang pemimpin untuk kembali ke dalam kancah perhambaan. Namun demikian, Engkau ialah Allah yang pengampun, pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, sehingga Engkau tidak meninggalkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Mereka tidak mahu patuh; mereka melupakan segala perbuatan-Mu, dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu. Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua, untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula. Tetapi Engkau Allah yang mengampuni; Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih; Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Mereka tidak mahu patuh; mereka melupakan segala perbuatan-Mu, dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu. Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua, untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula. Tetapi Engkau Allah yang mengampuni; Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih; Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:17
43 Iomraidhean Croise  

Aku akan bersemayam di tengah-tengah orang Israel dan tidak akan meninggalkan umat-Ku Israel.”


Semoga TUHAN, Allah kita, menyertai kita, sebagaimana Dia menyertai nenek moyang kita. Semoga Dia tidak meninggalkan kita dan tidak menterlantarkan kita.


Lalu dia memberontak melawan Raja Nebukadnezar yang telah menyuruh dia bersumpah setia demi Allah. Dia menegarkan tengkuknya, mengeraskan hatinya, dan tidak mahu berbalik kepada TUHAN, Allah Israel.


Sememangnya kami hamba, namun kami tidak ditinggalkan oleh Allah kami. Ditunjukkan-Nya kasih abadi kepada kami di hadapan raja-raja Parsi sehingga kami diberi kelegaan untuk menegakkan kembali puing-puingnya, dan kami diberi tembok pelindung di Tanah Yehuda serta di Yerusalem.


Namun demikian, kerana begitu besarnya kasih sayang-Mu, Engkau tidak memusnahkan mereka dan tidak meninggalkan mereka, kerana Engkaulah Allah yang pengasih dan penyayang.


Tidak lama kemudian mereka melupakan perbuatan-Nya; mereka tidak menantikan bimbingan-Nya.


Nenek moyang kami di Mesir, tidak memahami mukjizat-Mu; mereka tidak ingat akan keihsanan-Mu yang melimpah-limpah, tetapi telah memberontak di pinggir laut, Laut Merah.


Tetapi ada pengampunan dengan-Mu; supaya Engkau ditakuti.


mereka tidak berpegang kepada perjanjian Allah; mereka tidak mahu hidup mengikut hukum-Nya.


Dan melupakan hasil kerja-Nya, serta keajaiban yang telah ditunjukkan-Nya kepada mereka.


Namun Dia, yang penuh belas kasihan; mengampunkan dosa mereka dan tidak memusnahkan mereka. Ya, berkali-kali Dia memalingkan kemarahan-Nya daripada mereka dan tidak membiarkan kemurkaan-Nya menyala.


Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah yang penyayang dan pengasih, panjang sabar serta berlimpah kasih dan setia.


Kerana Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.


Firman TUHAN lagi kepada Musa, “Aku telah melihat bangsa ini. Sesungguhnya, mereka memang bangsa yang keras kepala.


Tetapi kamu menolak ketika kupanggil, dan tiada seorang pun mengendahkan ketika aku menghulurkan tanganku.


Tetapi umat-Ku telah melupakan Aku. Mereka membakar dupa bagi berhala kesia-siaan yang membuat mereka tersandung di jalan-jalan mereka, dan di jalan-jalan dahulukala, serta membuat mereka berjalan di jalan kecil, dan jalan yang belum diratakan.


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan segala malapetaka yang pernah Kufirmankan terhadap kota ini dan terhadap semua kampungnya, kerana mereka telah mengeraskan hati dan tidak mendengar firman-Ku.’ ”


Tetapi mereka tidak mahu mendengar Aku atau memberikan perhatian. Mereka malah mengeraskan hati dan berbuat lebih jahat daripada nenek moyang mereka.


Namun begitu, dalam kefasiqannya ia telah menderhaka dengan menentang peraturan-peraturan-Ku melebihi bangsa-bangsa lain, dan menentang ketetapan-ketetapan-Ku melebihi negeri-negeri di sekelilingnya. Mereka menolak peraturan-peraturan-Ku dan tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku.


Pada Tuhan, Allah kami, ada rahmat dan pengampunan, walaupun kami telah menderhaka terhadap-Nya.


Koyakkanlah hatimu, bukan pakaianmu, dan kembalilah kepada TUHAN, Allahmu, kerana Dia pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih-Nya, dan sentiasa mengampuni dan tidak suka menghukum.


Meskipun begitu, Aku tidak akan menolak mereka ketika mereka berada di negeri para musuh mereka. Aku tidak akan membenci mereka sehingga Aku memusnahkan mereka atau mengingkari perjanjian-Ku dengan mereka, kerana Akulah TUHAN, Allah mereka.


TUHAN itu panjang sabar dan hebat kuasa-Nya. TUHAN tidak sekali-kali membebaskan orang yang bersalah daripada menerima hukuman. Jalan-Nya dalam angin puting beliung dan badai, dan awan ialah debu kaki-Nya.


Firman TUHAN kepada Musa, “Berapa lama lagi bangsa ini menista Aku? Berapa lama lagi mereka tidak mahu percaya kepada-Ku, padahal segala tanda ajaib sudah Kulakukan dalam kalangan mereka?


Tetapi kata Musa, “Mengapakah kamu mahu melanggar firman TUHAN? Kamu tidak akan berhasil!


Apatah lagi kamu tidak membawa kami ke negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu! Kamu pun tidak memberikan kepada kami harta pusaka berupa ladang dan kebun anggur. Masihkah kamu mahu mengelabui mata orang ini? Kami tidak mahu datang!”


Tetapi nenek moyang kita enggan taat kepadanya. Mereka menolaknya dan dalam hati mereka berpaling semula ke Mesir.


Kerana Dia telah berkata kepada Musa, “Aku akan mengasihani sesiapa yang Kukasihani. Dan Aku akan berbelas kasihan kepada sesiapa yang Kubelaskasihi.”


Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuara di bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Dia yang bersuara dari syurga.


TUHAN tidak akan menterlantarkan umat-Nya demi nama-Nya yang besar itu, kerana TUHAN telah berkenan menjadikan kamu umat-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan