Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Tetapi mereka serta nenek moyang kami itu, bertindak angkuh, mengeraskan hati, dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh, mereka tidak mentaati perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh, mereka tidak mentaati perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:16
33 Iomraidhean Croise  

Namun demikian, mereka tidak mahu mendengar malahan mereka mengeraskan hati seperti nenek moyang mereka yang tidak percaya kepada TUHAN, Allah mereka.


Bapa-bapa kita telah berbuat mungkar. Mereka melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, Allah kita, dan meninggalkan-Nya. Mereka memalingkan muka dari tempat TUHAN bersemayam, dan membelakangi-Nya.


Sekarang, janganlah keras hati seperti nenek moyangmu, tetapi serahkanlah dirimu kepada TUHAN. Datanglah ke tempat suci-Nya, yang telah disucikan-Nya untuk selama-lamanya, dan beribadatlah kepada TUHAN, Allahmu, supaya surutlah hendaknya murka-Nya yang menyala-nyala terhadapmu.


Lalu dia memberontak melawan Raja Nebukadnezar yang telah menyuruh dia bersumpah setia demi Allah. Dia menegarkan tengkuknya, mengeraskan hatinya, dan tidak mahu berbalik kepada TUHAN, Allah Israel.


Engkau menunjukkan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat di hadapan Firaun, semua pegawainya, dan seluruh penduduk negerinya, kerana Engkau tahu bahawa mereka telah bertindak angkuh terhadap nenek moyang kami. Demikianlah Engkau membuat nama-Mu masyhur, seperti yang nyata pada hari ini.


Engkau memperingatkan mereka agar mereka berbalik kepada hukum Taurat-Mu tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka berdosa menentang segala peraturan-Mu, padahal orang yang mentaatinya akan hidup kerananya. Mereka membalikkan diri tanda membangkang, mengeraskan hati dan enggan mendengar.


Kami telah berdosa bersama nenek moyang kami; kami telah melakukan dosa, kami telah berbuat jahat.


Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan menegurmu — wahai Israel, kalaulah kamu mahu mendengar kata-Ku!


Firman-Nya, “Jika kamu sungguh-sungguh mendengar suara TUHAN, Allahmu, melakukan apa yang benar di mata-Nya, memasang telinga kepada segala perintah-Nya, dan berpegang teguh pada segala ketetapan-Nya, maka Aku tidak akan mendatangkan atasmu penyakit yang telah Kubebankan ke atas warga Mesir, kerana Akulah TUHAN, yang menyembuhkan kamu.”


Firman TUHAN lagi kepada Musa, “Aku telah melihat bangsa ini. Sesungguhnya, mereka memang bangsa yang keras kepala.


Orang yang kerap kali ditegur tetapi tetap berdegil akan tiba-tiba binasa dan tidak dapat dipulihkan lagi.


Kalaulah engkau memperhatikan perintah-perintah-Ku, maka kedamaianmu sudah seperti sungai dan perbenaranmu seperti gelombang di lautan.


Aku tahu bahawa engkau degil. Tengkukmu berurat besi dan dahimu daripada tembaga.


Tetapi mereka menderhaka dan mendukakan Roh Suci-Nya. Oleh sebab itu Dia berpaling menjadi musuh mereka, Dia sendiri memerangi mereka.


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan segala malapetaka yang pernah Kufirmankan terhadap kota ini dan terhadap semua kampungnya, kerana mereka telah mengeraskan hati dan tidak mendengar firman-Ku.’ ”


Wahai kamu, angkatan yang terkini, perhatikanlah firman TUHAN: Adakah Aku telah menjadi gurun bagi Israel atau tanah yang gelap gelita? Mengapa umat-Ku berkata, ‘Kami sudah bebas. Kami tidak mahu datang kepada-Mu lagi’?


Tetapi mereka tidak mahu mendengar Aku atau memberikan perhatian. Mereka malah mengeraskan hati dan berbuat lebih jahat daripada nenek moyang mereka.


Namun begitu, dalam kefasiqannya ia telah menderhaka dengan menentang peraturan-peraturan-Ku melebihi bangsa-bangsa lain, dan menentang ketetapan-ketetapan-Ku melebihi negeri-negeri di sekelilingnya. Mereka menolak peraturan-peraturan-Ku dan tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku.


Hai yang keras kepala dan tidak bersunat hati dan telingamu! Kamu sentiasa melawan Roh Kudus sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyangmu.


Dengan hati batumu yang tidak bertaubat, kamu mengumpul musibah kemurkaan Allah yang akan menimpamu pada hari kemurkaan dan ternyatanya hukuman Allah yang adil.


kerana aku tahu betapa derhaka dan keras kepalanya kamu ini. Sekarang sahaja, semasa aku masih hidup bersama-sama kamu pun sudah kamu begitu menderhaka terhadap TUHAN apatah lagi setelah kematianku kelak.


Namun Yesyurun menjadi gemuk dan menendang ke belakang. Kamu menjadi gemuk, besar, dan tambun! Dia meninggalkan Allah yang telah menjadikannya dan menghina Batu Pejal sumber penyelamatannya.


Kalau sahaja hati mereka tetap begitu, selalu takut kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku, sehingga keadaan mereka serta anak-anak mereka baik untuk selama-lamanya!


TUHAN berfirman pula kepadaku, ‘Aku telah melihat bangsa ini. Sesungguhnya, mereka memang bangsa yang keras kepala.


Ingatlah hamba-hamba-Mu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub. Janganlah Kauperhatikan kekerasan hati bangsa ini, juga kefasiqan dan dosa mereka.


Oleh sebab itu ketahuilah bahawa bukan kerana kesalihanmu, maka TUHAN, Allahmu, mengurniakan kepadamu negeri yang baik itu untuk diduduki. Sesungguhnya, engkau memang bangsa yang keras kepala!


Nasihatilah sesama sendiri setiap hari, selagi masih disebut “Hari ini”, jangan sampai sesiapa di antaramu menjadi keras hatinya akibat dosa yang memperdaya.


seperti mana dikatakan: “Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya, jangan keraskan hatimu seperti dalam pemberontakan dahulu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan