Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:15 - Alkitab Versi Borneo

15 Engkau pula memberikan kepada mereka roti dari langit sebagai pengubat kelaparan, dan Engkau memancarkan air daripada bukit batu sebagai penawar kehausan. Engkau menyuruh mereka masuk menduduki negeri yang telah Kaujanjikan dengan bersumpah untuk dikurniakan kepada mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Apabila mereka lapar, roti dari langit Engkau turunkan, apabila mereka dahaga, air dari batu Engkau pancarkan. Engkau menyuruh mereka menguasai tanah yang telah Engkau janjikan kepada mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Apabila mereka lapar, roti dari langit Engkau turunkan, apabila mereka dahaga, air dari batu Engkau pancarkan. Engkau menyuruh mereka menguasai tanah yang telah Engkau janjikan kepada mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:15
23 Iomraidhean Croise  

Tetapi Abram menjawab raja Sodom, “Aku telah bersumpah kepada TUHAN, iaitu Allah Yang Maha Tinggi, Pemilik langit dan bumi,


Engkau mengurniakan Roh-Mu yang baik untuk mengajar mereka. Manna-Mu tidak Kautahan daripada mulut mereka dan Engkau memberi mereka air sebagai penawar haus.


yang telah mengubah batu pejal menjadi kolam air, dan batu api menjadi air pancuran.


Kemudian berfirmanlah TUHAN kepada Musa, “Sesungguhnya, Aku akan menghujani kamu dengan roti dari langit. Tiap-tiap hari bangsa itu harus keluar untuk memungut keperluan satu hari secukupnya. Dengan demikian, Aku dapat menguji sama ada mereka mahu hidup menurut hukum-Ku.


Tetapi umat itu kehausan di sana dan ingin minum. Maka mereka merungut-rungut kepada Musa dan berkata, “Mengapakah engkau memimpin kami keluar dari Mesir? Hanya untuk membunuh kami, anak-anak kami, dan ternakan kami dengan kehausan?”


Aku akan hadir di hadapanmu di atas batu pejal di Horeb. Pukullah batu pejal itu, maka air akan keluar dari dalamnya sehingga bangsa itu dapat minum.” Lalu Musa melaksanakan hal itu di hadapan mata para tua-tua Israel.


Aku akan membawa kamu ke negeri yang dengan bersumpah Aku berjanji akan Kukurniakan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan mengurniakannya kepadamu untuk menjadi milikmu. Akulah TUHAN.’ ”


Mereka tidak berasa dahaga apabila Dia menuntun mereka melalui tempat-tempat yang tandus. Dia mengalirkan air bagi mereka dari batu pejal, Dia membelah batu pejal sehingga air memancar keluar.


Mereka masuk dan mendudukinya, tetapi mereka tidak mahu mematuhi-Mu atau menuruti hukum-Mu. Mereka tidak melakukan segala sesuatu yang Kauperintahkan kepada mereka untuk dilakukan. Itulah sebabnya Engkau menimpakan segala malapetaka ini kepada mereka.


Aku pun bersumpah kepada mereka di gurun bahawa Aku tidak akan membawa mereka masuk ke tanah yang telah Kukurniakan kepada mereka, sebuah negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu, termulia antara segala negeri,


Tiada seorang pun daripada kamu akan masuk ke negeri yang telah Kujanjikan dengan bersumpah untuk kamu diami, kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.


Ketahuilah bahawa TUHAN, Allahmu, telah menyerahkan negeri itu kepadamu. Majulah dan dudukilah tanah itu, seperti yang difirmankan TUHAN, Allah nenek moyangmu, kepadamu. Jangan takut dan jangan berasa kecewa.’


Ketahuilah, Aku telah menyerahkan negeri itu kepadamu. Masukilah dan dudukilah negeri yang telah TUHAN sumpah untuk memberi nenek moyangmu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub, dan keturunan mereka.’ ”


Dia merendahkan hatimu, membiarkan kamu lapar, dan memberi kamu makan manna, iaitu makanan yang belum pernah dikenali, baik oleh kamu mahupun oleh nenek moyangmu, supaya kamu sedar bahawa manusia hidup bukan dengan roti sahaja, tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan