Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Engkau menyatakan kepada mereka fasal hari Sabat-Mu yang suci, dan Kauberi mereka perintah-perintah, ketetapan-ketetapan, dan hukum dengan perantaraan Musa, hamba-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Engkau mengajar mereka merayakan hari Sabat yang suci itu, dan melalui hamba-Mu Musa, Engkau memberi mereka hukum-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Engkau mengajar mereka merayakan hari Sabat yang suci itu, dan melalui hamba-Mu Musa, Engkau memberi mereka hukum-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:14
17 Iomraidhean Croise  

Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, kerana pada hari itulah Dia beristirahat daripada segala kerja penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.


Ingatlah firman yang telah Kauperintahkan kepada Musa, hamba-Mu, ‘Jika kamu berbuat mungkar, maka Aku akan menyelerakkan kamu antara bangsa lain.


Kami juga membuat ketentuan yang mengharuskan kami untuk menanggung biaya sepertiga syikal setiap tahun untuk ibadat di Bait Allah kami,


Kata Musa kepada mereka, “Inilah yang telah difirmankan TUHAN, ‘Esok ialah hari istirahat penuh takzim, Sabat yang suci bagi TUHAN, sebab itu bakarlah apa yang perlu kamu bakar dan rebuslah apa yang perlu kamu rebus. Yang selebihnya hidang dan simpanlah sampai pagi.’ ”


Ingatlah bahawa TUHAN telah mengurniakan hari Sabat kepadamu. Oleh sebab itu pada hari keenam Dia memberimu roti untuk dua hari. Pada hari ketujuh masing-masing harus tinggal di tempatnya, tiada seorang pun boleh keluar dari tempatnya.”


TUHAN berfirman kepada Musa, “Naiklah menghadap Aku di atas gunung dan tunggulah di situ. Aku akan memberimu loh-loh batu yang telah Kutulis hukum dan perintah yang harus diajarkan kepada mereka.”


Kuberikan ketetapan-ketetapan-Ku kepada mereka dan Kuberitahukan peraturan-peraturan-Ku kepada mereka, kerana orang yang melakukan semua itu akan hidup.


Aku juga memberi mereka hari-hari Sabat-Ku sebagai suatu tanda antara Aku dengan mereka, supaya mereka tahu bahawa Akulah TUHAN, yang menyucikan mereka.


Jagalah kesucian hari-hari Sabat-Ku. Hari-hari itu adalah tanda antara Aku dengan kamu, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN, Allahmu.”


Hendaklah setiap orang daripada kamu penuh takzim kepada ibu dan ayahnya serta memelihara hari Sabat-Ku. Akulah TUHAN, Allahmu.


Itulah perintah-perintah yang diberikan TUHAN kepada Musa di Gunung Sinai untuk orang Israel.


kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Yesus Kristus.


Inilah peringatan, kanun, dan peraturan yang disampaikan Musa kepada orang Israel setelah mereka keluar dari Mesir,


Ingatlah, seperti yang diperintahkan kepadaku oleh TUHAN, Allahku, aku telah mengajarmu segala kanun dan peraturan untuk dilaksanakan di negeri yang akan kamu masuki serta duduki kelak.


Akan tetapi, engkau tinggallah di sini bersama-sama Aku dan akan Aku sampaikan kepadamu segala perintah, kanun, dan peraturan yang harus kauajarkan kepada mereka, supaya mereka melaksanakannya di negeri yang Kukurniakan kepada mereka menjadi milik mereka.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan