Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:13 - Alkitab Versi Borneo

13 Engkau turun dan hadir di atas Gunung Sinai dan berfirman kepada mereka dari langit. Kauberi mereka peraturan-peraturan yang adil, hukum-hukum yang benar, serta ketetapan-ketetapan dan perintah-perintah yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Dari langit Engkau turun ke Gunung Sinai; Engkau berfirman kepada umat-Mu sendiri. Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintah yang adil, benar, dan berfaedah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Dari langit Engkau turun ke Gunung Sinai; Engkau berfirman kepada umat-Mu sendiri. Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintah yang adil, benar, dan berfaedah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:13
27 Iomraidhean Croise  

Kesemua ketetapan, peraturan, hukum, dan perintah yang telah dituliskan-Nya bagimu, harus kamu pegang teguh dengan melakukannya sepanjang masa. Jangan menyembah tuhan-tuhan lain.


Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.


Maha Benar Engkau, ya TUHAN, dan adil semua penghakiman-Mu.


Seluruh firman-Mu benar; dan seluruh hukum-Mu yang benar kekal selama-lamanya.


Engkau telah memerintahkan kami supaya mematuhi ajaran-ajaran-Mu dengan bersungguh-sungguh.


Kata Musa kepada mereka, “Inilah yang telah difirmankan TUHAN, ‘Esok ialah hari istirahat penuh takzim, Sabat yang suci bagi TUHAN, sebab itu bakarlah apa yang perlu kamu bakar dan rebuslah apa yang perlu kamu rebus. Yang selebihnya hidang dan simpanlah sampai pagi.’ ”


dan bersiap-siaplah menjelang hari ketiga, kerana pada hari ketiga itu TUHAN akan hadir di atas Gunung Sinai di hadapan mata seluruh bangsa itu.


Lalu Allah berfirman semua kata ini:


TUHAN berfirman kepada Musa, “Beginilah harus kamu katakan kepada orang Israel, ‘Kamu telah menyaksikan bahawa Aku berfirman kepadamu dari langit.


Koyakkanlah kiranya langit lalu turun, sehingga gunung-gunung luluh di hadapan-Mu —


Apabila Engkau melakukan hal-hal yang hebat, yang tidak kami sangka-sangka, Engkau turun, dan gunung-gunung luluh di hadapan-Mu.


Allah datang dari Teman, Yang Maha Suci dari Gunung Paran. Sela Kehebatan-Nya meliputi langit, dan bumi penuh dengan pujian kepada-Nya.


Dan jika aku melakukan apa yang tidak mahu kulakukan, aku setuju bahawa hukum itu baik.


Katanya, “TUHAN datang dari Sinai dan menunjukkan diri-Nya kepada orang Israel dari Seir. Hadirat-Nya tampak bersinar dari Gunung Paran; datang-Nya dari antara puluhan ribu orang suci. Di sebelah kanan-Nya ada api yang menyala bagi mereka.


Pernahkah sesuatu bangsa mendengar suara Allah berfirman dari tengah-tengah api, seperti yang telah kamu dengar, dan tetap hidup?


Dari langit Dia memperdengarkan suara-Nya kepadamu untuk mengajar kamu, sementara di bumi Dia memperlihatkan api-Nya yang besar, dan firman-Nya kaudengar dari tengah-tengah api itu.


Bangsa besar manakah yang mempunyai segala kanun dan peraturan yang adil seperti seluruh hukum Taurat yang kusampaikan kepadamu pada hari ini?


Denganmu TUHAN bicara berhadap-hadapan di gunung, dari tengah-tengah api.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan