Nehemia 9:10 - Alkitab Versi Borneo10 Engkau menunjukkan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat di hadapan Firaun, semua pegawainya, dan seluruh penduduk negerinya, kerana Engkau tahu bahawa mereka telah bertindak angkuh terhadap nenek moyang kami. Demikianlah Engkau membuat nama-Mu masyhur, seperti yang nyata pada hari ini. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)10 Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa, untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja, kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka. Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik10 Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa, untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja, kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka. Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini. Faic an caibideil |
Engkau memperingatkan mereka agar mereka berbalik kepada hukum Taurat-Mu tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka berdosa menentang segala peraturan-Mu, padahal orang yang mentaatinya akan hidup kerananya. Mereka membalikkan diri tanda membangkang, mengeraskan hati dan enggan mendengar.
Sebaliknya, tuanku meninggikan diri terhadap Tuhan semesta langit dan menyuruh membawa wadah-wadah dari Bait-Nya kepada tuanku. Lalu tuanku, para pembesar tuanku, para isteri dan para gundik tuanku, minum air anggur daripada wadah itu. Tuanku memuji tuhan-tuhan yang dibuat daripada perak, emas, gangsa, besi, kayu, dan batu yang tidak dapat melihat, mendengar, atau mengetahui sesuatu. Tetapi Allah yang memegang nafas tuanku dan segala jalan hidup tuanku tidak tuanku besarkan.
Atau, pernahkah sesuatu tuhan berupaya untuk mengambil baginya sesuatu bangsa daripada tengah-tengah bangsa lainnya dengan memberikan pelbagai cubaan, tanda ajaib, mukjizat, dan peperangan, serta dengan tangan yang kuat, lengan yang terhulur, dan kehebatan yang besar, seperti semua yang dilakukan bagimu oleh TUHAN, Allahmu, di Mesir, di hadapan matamu?