Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada hari kedua puluh empat dalam bulan itu juga orang Israel berkumpul dan berpuasa dengan memakai kain perkabungan serta meletakkan tanah di atas kepala.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1-2 Pada hari kedua puluh empat bulan itu juga, umat Israel berkumpul. Mereka berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Mereka sudah memisahkan diri daripada semua orang bangsa asing. Mereka memakai kain guni dan menaruh debu di atas kepala sebagai tanda bersedih. Kemudian mereka berdiri dan mengakui segala dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1-2 Pada hari kedua puluh empat bulan itu juga, umat Israel berkumpul. Mereka berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Mereka sudah memisahkan diri daripada semua orang bangsa asing. Mereka memakai kain guni dan menaruh debu di atas kepala sebagai tanda bersedih. Kemudian mereka berdiri dan mengakui segala dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:1
22 Iomraidhean Croise  

Pada hari ketiga, datanglah seorang daripada pasukan Saul. Pakaiannya koyak-rabak dan kepalanya berdebu. Sesampainya di hadapan Daud, dia sujud memberi hormat.


Yosafat menjadi takut, lalu dia menetapkan hati untuk mencari hadirat TUHAN. Dimaklumkannya puasa bagi seluruh Yehuda.


Pada hari kedua puluh tiga pada bulan ketujuh dia melepaskan bangsa itu pulang ke khemah masing-masing dengan gembira dan dengan hati yang riang kerana kebaikan yang telah ditunjukkan TUHAN kepada Daud, kepada Salomo, serta kepada Israel, umat-Nya.


Lalu di tepi Sungai Ahawa itu aku mengisytiharkan puasa (bagi anggota rombongan) agar kami merendahkan diri di hadapan Allah kami dan memohon kepada-Nya jalan yang aman bagi kami, anak-anak kami, serta segala harta benda kami.


Jadi, kami berpuasa dan memohon seperti itu kepada Allah kami, dan Dia mengabulkan permohonan kami.


Pada hari pertama pada bulan ketujuh, Imam Ezra membawa Kitab Suci Taurat ke hadapan jemaah yang terdiri daripada para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti.


“Pergilah, kumpulkan semua orang Yahudi yang ada di Susan dan berpuasalah untuk aku. Jangan makan dan jangan minum selama tiga hari, baik malam mahupun siang. Aku dan para dayangku pun akan berpuasa secara demikian, kemudian aku akan masuk menghadap raja, sekalipun bertentangan dengan undang-undang. Jika kerana itu aku harus binasa, biarlah aku binasa.”


Begitu jugalah keadaan di setiap wilayah, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu dihebahkan, maka orang Yahudi berkabung serta berpuasa, dan meratap tangis. Ramai orang yang menghamparkan kain kabung dengan abu sebagai alas tidur.


Ketika mereka memandang dia dari jauh dan tidak dapat mengenalinya lagi, menangislah mereka dengan suara yang nyaring. Mereka mengoyakkan jubah masing-masing dan menghamburkan debu ke langit, ke atas kepala mereka.


Pada waktu itu Tuhan, ALLAH alam semesta, menyuruh orang menangis, meratap, menggondolkan kepala, dan memakai kain kabung.


“Sekarang juga,” demikianlah firman TUHAN, “kembalilah kepada-Ku dengan seluruh hatimu, dengan berpuasa, dengan menangis, dan dengan meratap.”


“Beritahu orang Israel, ‘Pada hari kelima belas pada bulan ketujuh ini ialah Perayaan Pondok Daun selama tujuh hari untuk TUHAN.


Jadi, setelah kamu mengumpulkan hasil tanahmu, mulai hari kelima belas pada bulan ketujuh itu, hendaklah kamu mengadakan perayaan selama tujuh hari untuk TUHAN. Hari pertama dan hari kelapan ialah hari istirahat penuh.


Yosua mengoyakkan pakaiannya dan sujud di hadapan tabut TUHAN sampai petang bersama dengan para tua-tua Israel. Mereka menghamburkan debu ke atas kepala mereka.


Aku akan memberikan kuasa kepada dua orang saksi-Ku dan mereka akan bernubuat selama seribu dua ratus enam puluh hari dengan memakai kain kabung.”


Kemudian pergilah semua orang Israel, dan setibanya di Betel, mereka menangis di hadapan TUHAN, berpuasa sampai senja pada hari itu. Mereka juga mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian di hadapan TUHAN.


Pada hari itu juga ada seorang Benyamin yang lari meninggalkan barisan perang menuju Silo. Pakaiannya koyak-koyak dan ada debu tanah di atas kepalanya.


Maka berkumpullah mereka di Mizpa. Mereka menimba air dan mencurahkannya di hadapan TUHAN. Pada hari itu mereka berpuasa di sana dan berkata, “Kami telah berdosa terhadap TUHAN.” Samuel pun menjadi hakim kepada orang Israel di Mizpa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan