Nehemia 8:9 - Alkitab Versi Borneo9 Kemudian Nehemia, pembesar itu, dan Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, juga bani Lewi yang mengajar umat itu berkata kepada seluruh rakyat, “Hari ini suci bagi TUHAN, Allahmu. Jangan berdukacita atau menangis!” Seluruh rakyat memang menangis ketika mendengar perkataan hukum Taurat itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis. Faic an caibideil |
kerana hatimu bersedih dan engkau merendahkan diri di hadapan TUHAN ketika engkau mendengar apa yang Kufirmankan mengenai tempat ini dan mengenai penduduknya, bahawa mereka akan menjadi suatu kengerian dan kutukan, dan kerana engkau mengoyakkan pakaianmu serta menangis di hadapan-Ku, maka Aku mendengar engkau, demikianlah firman TUHAN.
“Pergilah, carilah petunjuk TUHAN bagiku dan bagi saki-baki orang di Israel serta Yehuda tentang perkataan kitab yang ditemukan ini. Besarlah murka TUHAN yang dicurahkan kepada kita, kerana kalangan bapa kita tidak berpegang teguh pada firman TUHAN dengan melakukan semua yang tertulis dalam kitab ini.”
Bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya, baik engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, bani Lewi yang ada di kotamu, pendatang, anak yatim, mahupun balu yang ada dalam kalangan kamu.