Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Sejumlah bani Lewi, iaitu Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya menolong umat untuk memahami hukum Taurat sementara umat berdiri di tempat masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Setelah itu mereka berdiri di tempat masing-masing, dan orang Lewi yang berikut menjelaskan Taurat itu kepada mereka: Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Setelah itu mereka berdiri di tempat masing-masing, dan orang Lewi yang berikut menjelaskan Taurat itu kepada mereka: Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:7
27 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja berpaling dan memohonkan berkat untuk seluruh jemaah Israel, ketika seluruh jemaah Israel berdiri.


Hizkia menyampaikan pujian kepada semua bani Lewi yang memperlihatkan kecekapan yang baik dalam pengendalian ibadat kepada TUHAN. Demikianlah orang makan makanan hari raya tujuh hari lamanya, mempersembahkan korban kedamaian, dan mengucap syukur kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.


Kepada bani Lewi, yang menjadi pengajar seluruh orang Israel dan orang suci TUHAN, dia berkata, “Taruhlah tabut suci di dalam bait yang dibina oleh Salomo anak Daud, raja Israel. Tak usah lagi kamu mengusungnya. Sekarang, perhambakanlah diri kepada TUHAN, Allahmu, dan kepada umat-Nya Israel.


Lantaran tangan Allah kami yang baik itu menaungi kami, maka mereka membawa seorang yang berbudi bicara daripada bani Mahli anak Lewi anak Israel, iaitu Serebya bersama-sama 18 orang yang terdiri daripada para anak dan saudaranya;


Selanjutnya: Seraya, Azarya, Yeremia,


Sabetai dan Yozabad, ketua bani Lewi, yang mengawasi pekerjaan di luar Rumah Allah;


Para penjaga pintu gerbang: Akub, Talmon, dan saudara-saudara mereka yang berjaga di pintu-pintu gerbang — 172 orang.


Azarya, Ezra, Mesulam,


Bersebelahan dengan Nehemia anak Azbuk pula, bani Lewi menjalankan kerja pembaikan di bawah pimpinan Rehum anak Bani. Kemudian di sebelah mereka Hasabya, pemimpin separuh daripada daerah Kehila, menjalankan kerja pembaikan untuk wilayahnya.


Di sebelah mereka Ezer anak Yesua, pemimpin Mizpa, memperbaik bahagian yang lain di depan jalan naik ke gudang senjata di bahagian penyangga.


Selepas mereka, Benyamin dan Hasub menjalankan kerja pembaikan di depan rumah mereka sendiri, lalu disambung oleh Azarya anak Maaseya anak Ananya yang menjalankan kerja pembaikan di sisi rumahnya sendiri.


Lalu seluruh rakyat pergi untuk makan, minum, saling mengirim makanan, dan mengadakan pesta besar, kerana mereka sudah memahami kata-kata yang disampaikan kepada mereka.


Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, berdiri di atas mimbar kayu yang khusus dibuat untuk acara itu. Di sisi sebelah kanannya berdiri Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya, sedangkan di sebelah kirinya berdiri Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam.


Kemudian Ezra memuji TUHAN, Allah Yang Maha Besar, dan seluruh rakyat menjawab, “Amin, amin!” sambil menadahkan tangan. Mereka pun menundukkan kepala dan sujud menyembah TUHAN.


Mereka membacakan kitab itu iaitu hukum Allah dengan jelas, sambil memberitahukan maknanya sehingga pembacaan itu difahami oleh para hadirin.


Selama seperempat hari mereka berdiri di tempat masing-masing demi mendengar pembacaan daripada Kitab Taurat TUHAN, Allah mereka. Kemudian selama seperempat hari berikutnya mereka mengakui dosa dan sujud menyembah TUHAN, Allah mereka.


Lalu dari atas mimbar bani Lewi berdirilah Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani lalu berseru dengan suara yang nyaring kepada TUHAN, Allah mereka.


dan supaya kamu dapat mengajar kepada orang Israel segala ketetapan yang difirmankan TUHAN kepada mereka dengan perantaraan Musa.”


Sememangnya bibir imam patut memelihara ilmu pengetahuan dan orang pun patut mencari pengajaran daripada mulutnya, kerana dialah utusan TUHAN alam semesta.


Mereka mengajarkan peraturan-peraturan-Mu kepada Yakub, dan hukum-Mu kepada Israel. Mereka meletakkan dupa di hadapan-Mu dan korban yang dibakar seluruhnya di atas mazbah-Mu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan