Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Kemudian Ezra memuji TUHAN, Allah Yang Maha Besar, dan seluruh rakyat menjawab, “Amin, amin!” sambil menadahkan tangan. Mereka pun menundukkan kepala dan sujud menyembah TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Ezra berkata, “Pujilah TUHAN, Allah yang agung!” Semua umat itu mengangkat tangan tinggi-tinggi dan menjawab, “Amin! Amin!” Kemudian mereka bersujud menyembah Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Ezra berkata, “Pujilah TUHAN, Allah yang agung!” Semua umat itu mengangkat tangan tinggi-tinggi dan menjawab, “Amin! Amin!” Kemudian mereka bersujud menyembah Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:6
30 Iomraidhean Croise  

Tetapi Abram menjawab raja Sodom, “Aku telah bersumpah kepada TUHAN, iaitu Allah Yang Maha Tinggi, Pemilik langit dan bumi,


Maka sujudlah orang itu menyembah TUHAN.


Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, dari selama-lamanya sampai selama-lamanya! Seluruh umat berkata, “Amin,” dan memuji TUHAN.


Lalu Daud memuji TUHAN di hadapan mata seluruh jemaah itu. Kata Daud, “Segala puji bagi-Mu, ya TUHAN, Allah nenek moyang kami Israel, dari selama-lamanya sampai selama-lamanya.


Kemudian Daud berkata kepada seluruh jemaah itu, “Pujilah TUHAN, Allahmu!” Maka seluruh jemaah memuji TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Mereka tunduk lalu sujud menyembah TUHAN dan memberi hormat kepada raja.


Yosafat membongkok dengan muka sampai ke tanah. Semua orang Yehuda dan penduduk Yerusalem pun bersujud di hadapan TUHAN dan menyembah TUHAN.


Sekarang aku berniat mengikat perjanjian dengan TUHAN, Allah Israel, supaya surutlah murka-Nya yang menyala-nyala kepada kita itu.


Raja Hizkia dan para pembesar memerintahkan bani Lewi untuk melantunkan puji-pujian kepada TUHAN dengan syair gubahan Daud dan Asaf, pelihat itu. Mereka pun melantunkan puji-pujian dengan gembira, lalu membongkok dan sujud menyembah.


Dia berkata, “Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel! Dia sendiri telah berfirman kepada Daud, ayahku, dan telah menggenapinya dengan kuasa-Nya. Firman-Nya,


Aku juga mengebaskan lipatan bajuku sambil berkata, “Demikianlah akan dikebas Allah dari rumahnya dan daripada hasil jerih lelahnya setiap orang yang tidak menepati perjanjian ini. Demikianlah dia dikebas dan dihampakan.” Seluruh jemaah berkata, “Amin,” lalu memuji-muji TUHAN. Maka rakyat melakukan sebagaimana yang dijanjikan mereka itu.


Sejumlah bani Lewi, iaitu Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya menolong umat untuk memahami hukum Taurat sementara umat berdiri di tempat masing-masing.


Angkatlah tanganmu di tempat suci dan pujilah TUHAN.


Biarlah doaku hadir di hadapan-Mu sebagai setanggi; penadahan tanganku sebagai korban persembahan petang.


Dengarlah suaraku merayu apabila aku berseru kepada-Mu, apabila aku mengangkat tangan ke arah khemah suci-Mu.


Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, yang tiada permulaan dan tiada kesudahan selama-lamanya. Amin, Amin.


Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku, aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu.


Kerana TUHAN ialah Allah Yang Maha Besar, Raja besar di atas semua tuhan.


maka kamu harus menjawab, ‘Ini korban Paskah bagi TUHAN. Ketika TUHAN mengazabkan warga Mesir, Dia melalui rumah-rumah orang Israel di Mesir dan menyelamatkan rumah-rumah kita.’ ” Lalu orang Israel menundukkan kepala dan sujud menyembah.


Maka percayalah mereka, dan ketika mereka mendengar bahawa TUHAN memang prihatin terhadap orang Israel serta maklum akan segala penderitaan mereka, terus sahaja mereka membongkok lantas sujud menyembah.


Nabi Yeremia berkata, “Amin! Semoga TUHAN berbuat demikian. Semoga TUHAN menepati hal-hal yang kamu nubuatkan itu dengan mengembalikan segala alat kelengkapan Bait TUHAN dan semua orang buangan dari Babel ke tempat ini.


Marilah kita mengangkat hati dan tangan kita kepada Allah di syurga:


Lalu muncullah api dari hadirat TUHAN lantas menghanguskan korban bakaran dan lemak di atas mazbah. Apabila umat itu melihat hal itu mereka pun bersorak-sorai lalu sujud menyembah.


Yesus pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, “Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, bukanlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki.”


Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.’


Sekiranya kamu mengucap syukur hanya dengan rohmu, bagaimana orang yang tidak memahami dapat mengaminkan ucap syukurmu? Mereka tidak tahu apa yang kamu ucapkan!


Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam Kristus.


Oleh itu, aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan.


Puji bagi Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan


Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan