Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dengan menghadap ke arah lapangan, di depan Pintu Gerbang Air, dibacanya kitab itu dari pagi sampai tengah hari di hadapan para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti. Seluruh rakyat mendengar baik-baik pembacaan Kitab Suci Taurat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:3
25 Iomraidhean Croise  

menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya.


Pada hari itu kitab Musa dibaca di hadapan umat yang mendengarkannya. Kemudian didapati tertulis di dalamnya bahawa tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk menyertai jemaah Allah untuk selama-lamanya,


Pada bulan ketujuh orang Israel telah tinggal di kota masing-masing. Maka berkumpullah seluruh rakyat secara serentak di lapangan, di depan Pintu Gerbang Air. Mereka meminta Ezra, ahli Kitab Suci itu, membawa Kitab Suci Taurat yang telah disampaikan TUHAN melalui Musa kepada Israel.


Hari demi hari, dari hari pertama sampai hari terakhir, Ezra membaca kitab hukum Allah. Hari perayaan itu dirayakan mereka selama tujuh hari, lalu pada hari kelapan diadakan perhimpunan umum sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan.


Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, berdiri di atas mimbar kayu yang khusus dibuat untuk acara itu. Di sisi sebelah kanannya berdiri Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya, sedangkan di sebelah kirinya berdiri Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam.


Ezra membuka kitab itu di hadapan mata seluruh rakyat, kerana dia berdiri lebih tinggi daripada semua orang. Apabila dia membuka kitab itu, seluruh rakyat bangkit berdiri.


“Jadi, Daud sendiri memanggil-Nya ‘Tuan.’ Bagaimana mungkin Dia anaknya?” Orang ramai mendengar kata-kata Yesus dengan sukacita.


tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana orang ramai terus-menerus datang mendengar Yesus dan mereka tidak mahu terlepas sepatah kata Yesus pun.


Oleh sebab itu, berhati-hatilah bagaimana kamu mendengar. Sesiapa yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang disangka ada padanya pun akan diambil daripadanya.”


Selepas pembacaan Taurat Musa dan Kitab Nabi-nabi, ketua-ketua saumaah itu menghantar orang berkata kepada kedua-dua rasul itu, “Saudara-saudara, sekiranya ada sesuatu nasihat untuk menggalakkan orang di sini, silalah sampaikan.”


Penduduk Yerusalem dan ketua-ketua mereka tidak sedar bahawa Penyelamat itu ialah Yesus. Mereka tidak memahami ajaran nabi-nabi yang dibacakan setiap hari Sabat, maka mereka menghukum Yesus. Dengan tindakan mereka itu, segala yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi menjadi kenyataan.


Sejak dahulukala di setiap negeri ada orang yang menyebarkan berita tentang Musa dan membaca Tauratnya di saumaah pada hari Sabat.”


Salah seorang yang mendengar kami bercakap ialah seorang perempuan bernama Lidia, yang berjual kain ungu dan berasal dari Tiatira. Dia penyembah Allah. Tuhan membukakan hatinya lalu dia menerima segala yang dikatakan oleh Paulus.


Orang Yahudi di situ lebih mulia rohaninya daripada yang di Tesalonika kerana mereka menerima firman Allah dengan amat sukacita dan menyelidik Kitab Suci untuk memastikan setiap kebenaran yang dikatakan Paulus.


Selepas itu dia naik, membahagikan roti, makan lalu bertutur sampai dinihari. Kemudian dia pun berangkat.


Pada hari pertama minggu itu, kami berkumpul untuk memecah-mecahkan roti. Paulus yang akan belayar esoknya bercakap dengan orang di situ sampai tengah malam.


Mereka menetapkan hari untuk bertemu lagi dengan Paulus. Pada hari itu lebih ramai lagi yang datang ke tempat dia menumpang itu. Dia menerangkan segala-galanya, bersaksi tentang kerajaan Allah dan berusaha meyakinkan mereka tentang Yesus dengan menunjukkan bukti dalam Taurat Musa dan tulisan para nabi, dari pagi hingga ke malam.


Musa menuliskan hukum Taurat ini dan menyerahkannya kepada para imam bani Lewi yang mengusung tabut perjanjian TUHAN, dan kepada semua tua-tua Israel.


Di samping itu, kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana apabila kami menyampaikan perkhabaran Allah kepadamu, kamu telah mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perutusan daripada manusia tetapi sebagai firman Allah. Memang benar perkhabaran itu daripada Allah yang bekerja dalam dirimu yang beriman.


Daripada segala yang diperintahkan Musa, tidak ada sepatah kata pun yang tidak dibaca Yosua di hadapan seluruh jemaah Israel termasuk kaum perempuan, anak-anak, dan para pendatang yang hidup antara mereka.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.”


Jika kamu bertelinga; dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan