Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Pada hari pertama pada bulan ketujuh, Imam Ezra membawa Kitab Suci Taurat ke hadapan jemaah yang terdiri daripada para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Oleh itu Ezra membawa kitab itu ke hadapan semua orang yang berkumpul. Mereka terdiri daripada lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang dapat memahami kandungan kitab itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Oleh itu Ezra membawa kitab itu ke hadapan semua orang yang berkumpul. Mereka terdiri daripada lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang dapat memahami kandungan kitab itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:2
14 Iomraidhean Croise  

menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya.


Pada hari itu kitab Musa dibaca di hadapan umat yang mendengarkannya. Kemudian didapati tertulis di dalamnya bahawa tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk menyertai jemaah Allah untuk selama-lamanya,


Hari demi hari, dari hari pertama sampai hari terakhir, Ezra membaca kitab hukum Allah. Hari perayaan itu dirayakan mereka selama tujuh hari, lalu pada hari kelapan diadakan perhimpunan umum sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan.


Kemudian Nehemia, pembesar itu, dan Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, juga bani Lewi yang mengajar umat itu berkata kepada seluruh rakyat, “Hari ini suci bagi TUHAN, Allahmu. Jangan berdukacita atau menangis!” Seluruh rakyat memang menangis ketika mendengar perkataan hukum Taurat itu.


Pada hari kedua puluh empat dalam bulan itu juga orang Israel berkumpul dan berpuasa dengan memakai kain perkabungan serta meletakkan tanah di atas kepala.


“Kepada siapa dia mengajarkan pengetahuan? Kepada siapa dia menjelaskan pesannya? Kepada anak yang baru disapih, kepada anak yang baru cerai susu?


“Beritahu orang Israel, ‘Pada hari pertama dalam bulan ketujuh adakanlah hari istirahat penuh yang diperingati dengan bunyi nafiri, suatu hari perhimpunan jemaah yang suci.


Sememangnya bibir imam patut memelihara ilmu pengetahuan dan orang pun patut mencari pengajaran daripada mulutnya, kerana dialah utusan TUHAN alam semesta.


Pada hari pertama pada bulan ketujuh adakanlah perhimpunan jemaah yang suci, dan janganlah lakukan apa-apa kerja biasa. Itulah hari apabila hendaklah kamu meniup nafiri.


Sejak dahulukala di setiap negeri ada orang yang menyebarkan berita tentang Musa dan membaca Tauratnya di saumaah pada hari Sabat.”


Apabila dia bersemayam di atas takhta kerajaannya, hendaklah dia menuliskan untuk dirinya salinan hukum ini menurut Kitab Suci Taurat yang ada pada para imam Lewi.


Daripada segala yang diperintahkan Musa, tidak ada sepatah kata pun yang tidak dibaca Yosua di hadapan seluruh jemaah Israel termasuk kaum perempuan, anak-anak, dan para pendatang yang hidup antara mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan