Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:18 - Alkitab Versi Borneo

18 Hari demi hari, dari hari pertama sampai hari terakhir, Ezra membaca kitab hukum Allah. Hari perayaan itu dirayakan mereka selama tujuh hari, lalu pada hari kelapan diadakan perhimpunan umum sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Tiap-tiap hari, dari hari pertama perayaan itu sehingga hari terakhir, Ezra membaca sebahagian daripada Taurat Allah kepada mereka. Mereka merayakan perayaan itu selama tujuh hari, dan pada hari kelapan mereka mengadakan upacara penutup menurut peraturan Taurat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Tiap-tiap hari, dari hari pertama perayaan itu sehingga hari terakhir, Ezra membaca sebahagian daripada Taurat Allah kepada mereka. Mereka merayakan perayaan itu selama tujuh hari, dan pada hari kelapan mereka mengadakan upacara penutup menurut peraturan Taurat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:18
7 Iomraidhean Croise  

Pada hari pertama pada bulan ketujuh, Imam Ezra membawa Kitab Suci Taurat ke hadapan jemaah yang terdiri daripada para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti.


Dengan menghadap ke arah lapangan, di depan Pintu Gerbang Air, dibacanya kitab itu dari pagi sampai tengah hari di hadapan para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti. Seluruh rakyat mendengar baik-baik pembacaan Kitab Suci Taurat itu.


Selama tujuh hari hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran untuk TUHAN. Pada hari kelapan adakan lagi perhimpunan jemaah yang suci, dan persembahkanlah korban bakaran untuk TUHAN. Itu ialah hari perhimpunan umum maka janganlah dikerjakan sebarang pekerjaan biasa kamu.


Hendaklah kamu merayakannya sebagai hari perayaan selama tujuh hari dalam setahun untuk TUHAN. Itu ialah ketetapan yang berkuat kuasa secara berkekalan untuk kamu turun-temurun. Rayakanlah pada bulan ketujuh.


Pada hari kelapan adakanlah perhimpunan ramai, dan jangan lakukan apa-apa kerja biasa kamu.


Pada hari terakhir perayaan itu, iaitu hari yang terutama, Yesus berdiri lalu berkata dengan suara lantang, “Sesiapa yang dahaga, datanglah kepada-Ku untuk minum.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan