Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:17 - Alkitab Versi Borneo

17 Seluruh jemaah yang kembali dari tempat penawanan itu membuat pondok-pondok dan tinggal di dalamnya. Hal itu belum pernah dilakukan oleh orang Israel sejak zaman Yosua anak Nun sampai hari itu. Demikianlah ada kesukaan yang amat besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Semua orang yang sudah kembali dari pembuangan membuat pondok dan tinggal di situ. Inilah kali pertama hal itu dilakukan sejak zaman Yosua anak Nun. Mereka semua gembira dan bahagia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Semua orang yang sudah kembali dari pembuangan membuat pondok dan tinggal di situ. Inilah kali pertama hal itu dilakukan sejak zaman Yosua anak Nun. Mereka semua gembira dan bahagia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:17
13 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu mereka makan dan minum di hadapan TUHAN dengan sukacita yang besar. Lalu mereka menobatkan Salomo anak Daud untuk kali kedua sebagai raja dan melantik dia bagi TUHAN sebagai pemimpin, serta Zadok sebagai imam.


Demikianlah ada kesukaan yang besar di Yerusalem, kerana sejak zaman Salomo anak Daud, raja Israel, belum pernah terjadi peristiwa seperti itu di Yerusalem.


Paskah seperti itu belum pernah dirayakan di Israel sejak zaman Nabi Samuel. Tiada raja Israel yang pernah merayakan Paskah seperti yang dirayakan Yosia bersama-sama para imam, bani Lewi, semua orang Yehuda dan orang Israel yang hadir, serta penduduk Yerusalem.


selaras dengan apa yang harus dipersembahkan setiap hari menurut perintah Musa, pada hari-hari Sabat, pada bulan-bulan baru, dan tiga kali setahun pada hari-hari perayaan tertentu, iaitu Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu, dan Perayaan Pondok Daun.


Mereka juga menyambut Perayaan Pondok Daun, sebagaimana yang tertulis, dan mempersembahkan korban bakaran harian menurut jumlah yang ditetapkan dalam peraturan bagi setiap harinya.


Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.


Hendaklah selama tujuh hari kamu mengadakan perayaan bagi TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, kerana TUHAN, Allahmu, akan memberkati segala hasil tanahmu dan segala pekerjaan tanganmu. Jadi, hendaklah engkau bersuka ria dengan bersungguh-sungguh.


Semua mereka ini telah mati dalam iman. Mereka belum menerima janji itu. Akan tetapi, setelah melihatnya pada masa yang akan datang mereka yakin terhadapnya, dan mengakui mereka orang asing dan musafir di muka bumi ini.


Melalui iman dia tinggal di tanah yang dijanjikan itu seperti di negeri asing. Dia tinggal di khemah-khemah dengan Ishak dan Yakub, yang bersamanya menjadi waris janji itu;


Andainya Yosua telah memberikan istirahat kepada mereka, Allah tidak akan berfirman kemudian tentang satu hari lain.


Setelah kematian Musa, hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan