Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Maka pergilah rakyat mengambil semua jenis daun itu. Lalu mereka membuat pondok-pondok di atas bumbung rumah masing-masing, di halaman rumah mereka, di laman luar Rumah Allah, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air, dan di lapangan dekat Pintu Gerbang Efraim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Kemudian rakyat pun pergi mengambil dahan-dahan dan membina pondok-pondok di atas bumbung rata rumah mereka, di halaman rumah, di halaman Rumah TUHAN, dan di padang dekat Pintu Gerbang Air, dan di padang dekat Pintu Gerbang Efraim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Kemudian rakyat pun pergi mengambil dahan-dahan dan membina pondok-pondok di atas bumbung rata rumah mereka, di halaman rumah, di halaman Rumah TUHAN, dan di padang dekat Pintu Gerbang Air, dan di padang dekat Pintu Gerbang Efraim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:16
12 Iomraidhean Croise  

Pada suatu petang, Daud bangun dari tempat tidurnya lalu berjalan-jalan di atas bumbung istana raja, dan dari atap itu dia terlihat seorang perempuan yang sedang mandi. Sangat cantiknya perempuan itu.


Yoas, raja Israel, menangkap Amazia, raja Yehuda, anak Yoas, anak Ahazia, di Bet-Semes dan membawanya ke Yerusalem. Dibongkarnya tembok Yerusalem dari Pintu Gerbang Efraim sampai ke Pintu Gerbang Sudut, sepanjang empat ratus hasta.


Kemudian Yosafat berdiri di tengah-tengah jemaah Yehuda dan Yerusalem di Bait TUHAN, di depan pelataran yang baru.


Di dua pelataran Bait TUHAN, dia membina mazbah-mazbah bagi segala benda langit.


Di Pintu Gerbang Air Pancut mereka maju terus lalu menaiki tangga Kota Daud di tanjakan tembok, melalui bahagian atas istana Daud ke arah Pintu Gerbang Air di sebelah timur.


juga bahagian atas Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Lama, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel dan Menara Mea, ke arah Pintu Gerbang Domba. Di Pintu Gerbang Pengawalan mereka berhenti.


dan para hamba Bait Allah yang tinggal di Ofel menjalankan kerja pembaikan sampai ke depan Pintu Gerbang Air di sebelah timur, hingga ke menara yang menjulang itu.


Pada bulan ketujuh orang Israel telah tinggal di kota masing-masing. Maka berkumpullah seluruh rakyat secara serentak di lapangan, di depan Pintu Gerbang Air. Mereka meminta Ezra, ahli Kitab Suci itu, membawa Kitab Suci Taurat yang telah disampaikan TUHAN melalui Musa kepada Israel.


Dengan menghadap ke arah lapangan, di depan Pintu Gerbang Air, dibacanya kitab itu dari pagi sampai tengah hari di hadapan para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti. Seluruh rakyat mendengar baik-baik pembacaan Kitab Suci Taurat itu.


Rumah di Yerusalem dan rumah raja-raja Yehuda akan menjadi najis seperti tempat Tofet, iaitu semua rumah yang bumbungnya menjadi tempat membakar dupa bagi segala benda langit dan tempat mencurahkan persembahan minuman kepada tuhan lain.” ’ ”


Orang Kasdim yang memerangi kota ini akan datang dan membakar habis kota ini. Mereka akan membakarnya bersama-sama rumah-rumah yang bumbungnya menjadi tempat membakar dupa bagi Baal dan tempat mencurahkan persembahan minuman kepada tuhan-tuhan lain untuk membangkitkan murka-Ku.


Apabila kamu membina rumah baru, pasanglah pagar di sekeliling pinggir atapnya supaya jangan kamu tanggung hutang darah atas rumahmu jika seseorang jatuh dari situ.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan