Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:15 - Alkitab Versi Borneo

15 dan bahawa mereka harus mengkhabarkan serta menyiarkan pengumuman di kota-kota mereka dan juga di Yerusalem demikian, “Pergilah ke gunung, ambillah daun pokok zaitun, daun pokok zaitun liar, daun pokok murad, daun pokok kurma, dan daun pepohonan yang rimbun untuk membuat pondok seperti yang tertulis itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Oleh itu, mereka mengumumkan perintah berikut di seluruh Yerusalem, di kota-kota lain, dan di pekan-pekan, “Pergilah ke bukit-bukit dan ambillah dahan-dahan pokok pain, pokok zaitun, pokok kemunting, pokok kurma dan pokok-pokok lain, lalu buatlah pondok menurut peraturan yang tertulis di dalam Taurat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Oleh itu, mereka mengumumkan perintah berikut di seluruh Yerusalem, di kota-kota lain, dan di pekan-pekan, “Pergilah ke bukit-bukit dan ambillah dahan-dahan pokok pain, pokok zaitun, pokok kemunting, pokok kurma dan pokok-pokok lain, lalu buatlah pondok menurut peraturan yang tertulis di dalam Taurat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:15
9 Iomraidhean Croise  

Pada petang harinya, burung merpati itu pulang mendapatkan Nuh, dan di paruhnya tersepit sehelai daun zaitun yang baru dipetik. Lalu tahulah Nuh bahawa air sudah surut dari permukaan bumi.


Inilah hari-hari perayaan yang ditetapkan TUHAN, hari ibadat berjemaah yang suci, dan hendaklah kamu isytiharkannya menurut waktu yang ditentukan.


Pada hari pertama ambillah buah-buah daripada pokok yang baik-baik, pelepah-pelepah pokok kurma, cabang-cabang pokok yang rendang, dan pokok gandarusa di tepi sungai, kemudian bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu selama tujuh hari.


“Dalam suatu penglihatan pada malam hari, kulihat seorang lelaki menunggang kuda berwarna perang kemerah-merahan. Dia berdiri di antara pokok murad di dalam jurang, sementara di belakangnya ada beberapa ekor kuda berwarna merah, merah perang, dan putih.”


Apabila mereka sudah berhampiran Yerusalem, di Betfage, di Bukit Zaitun, Yesus mengutus dua orang murid,


Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Hosana!” “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan, Raja Israel!”


Tiga kali setahun, iaitu pada Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu, dan Perayaan Pondok Daun, hendaklah setiap lelaki dalam kalangan kamu menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya. Jangan seorang pun menghadap hadirat TUHAN dengan tangan kosong.


Selepas itu, aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, daripada segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan