Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Kata Nehemia kepada mereka, “Pergilah, makanlah yang sedap-sedap, minumlah yang manis-manis, dan kirimlah makanan kepada orang yang tidak menyiapkan apa-apa, kerana hari ini suci bagi Tuhan kita. Janganlah kamu berduka, sebab sukacita daripada TUHAN ialah kekuatan kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:10
32 Iomraidhean Croise  

Pada hari kelapan dia melepaskan bangsa itu pulang. Mereka memohon berkat bagi raja, lalu pulang ke khemah mereka dengan gembira dan riang hati kerana semua kebaikan yang telah ditunjukkan TUHAN kepada Daud, hamba-Nya serta kepada Israel, umat-Nya.


Keagungan dan semarak ada dalam hadirat-Nya, kekuatan dan kegembiraan ada di tempat kediaman-Nya.


Lalu bani Lewi turut meminta seluruh rakyat tenang dengan berkata, “Bertenanglah. Hari ini hari suci. Jangan berduka.”


Lalu seluruh rakyat pergi untuk makan, minum, saling mengirim makanan, dan mengadakan pesta besar, kerana mereka sudah memahami kata-kata yang disampaikan kepada mereka.


Itulah sebabnya orang Yahudi di luar kota, iaitu penduduk kampung-kampung tidak bertembok, menjadikan hari keempat belas pada bulan Adar sebagai hari keraian dan jamuan, hari yang baik untuk saling mengirim makanan.


Pada hari-hari itulah orang Yahudi berasa lega daripada musuh-musuh mereka dan pada bulan itulah dukacita mereka berubah menjadi sukacita, dan hari perkabungan mereka menjadi hari keraian. Mereka hendaklah menjadikan hari-hari itu sebagai hari keraian dan jamuan, hari yang baik untuk saling mengirim makanan dan memberikan sedekah kepada kalangan miskin.


Biarlah Israel bergembira kerana Pencipta mereka; biarlah anak-anak Sion berbahagia kerana Raja mereka.


Kerana Engkau kemuliaan kekuatan mereka, dan dengan keredaan-Mu tanduk kami ditinggikan.


Hati yang gembira adalah ubat yang baik, tetapi semangat yang patah mengeringkan tulang.


Berikanlah bahagian kepada tujuh atau hingga lapan orang, kerana kamu tidak mengetahui bencana apa yang bakal terjadi di bumi ini.


Bukankah tiada yang lebih baik bagi manusia kecuali makan dan minum dan bersenang-lenang hasil usahanya berpenat lelah? Aku sedar betapa rahmat itu juga daripada tangan Allah.


Juga, hakikat bahawa setiap orang dapat makan, minum dan menikmati kesenangan dalam segala usahanya dengan berjerih payah. Itu pun pemberian Allah.


Lihatlah, apa yang kuanggap baik dan tepat ialah dalam segala jerih payah seseorang di bawah matahari itu, dia perlu menikmati makan minum dan kesenangan yang diberikan Allah selama tempoh kehidupannya yang singkat itu.


Maka makanlah rotimu dan minumlah air anggurmu dengan riang kerana Allah sudah pun berkenan dengan perbuatanmu.


Aku datang ke tamanku, wahai adindaku, pengantinku. Kukumpulkan damar wangiku dan rempah-ratusku, kumakan sarang lebahku bersama dengan maduku, kuminum air anggurku serta susuku. Makanlah, wahai sahabat-sahabat, dan minumlah! Minumlah sehingga kamu mabuk cinta!


Sekarang demikianlah firman TUHAN – Dia membentuk aku sejak dalam kandungan untuk menjadi hamba-Nya, untuk membawa Yakub kembali kepada-Nya, dan untuk mengumpulkan Israel kepada-Nya. Aku ini mulia di mata TUHAN dan Allahku adalah kekuatanku —


Aku sangat bergirang di dalam TUHAN, jiwaku bergembira di dalam Allahku, kerana Dia mengenakan pakaian penyelamatan kepadaku dan menyelubungi aku dengan jubah perbenaran, seperti pengantin lelaki memakai perhiasan kepala dan pengantin perempuan berhias diri dengan barang kemasnya.


Wahai bani Sion, bergembiralah dan bersukacitalah kerana TUHAN, Allahmu, kerana Dia mengurniakan kepadamu hujan awal musim dengan adilnya. Dia menurunkan hujan bagimu, hujan awal musim ataupun hujan akhir musim seperti dahulu.


Setiap kuali di Yerusalem dan Yehuda akan menjadi suci bagi TUHAN alam semesta, dan semua orang yang mempersembahkan korban akan datang mengambil kuali itu lalu menggunakannya untuk memasak. Pada waktu itu tidak akan ada lagi pedagang di dalam rumah TUHAN alam semesta.


Berikanlah makanan yang ada di dalam pinggan mangkuk itu kepada orang miskin dan segala-galanya akan menjadi bersih bagimu.


Sungguhpun mereka banyak diuji dengan kesusahan, namun kegembiraan mereka melimpah. Walaupun mereka sangat miskin, mereka kaya dalam kemurahan hati.


walaupun aku sendiri ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah. Jika sesiapa menyangka dia ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah, aku lebih lagi.


Penghuni bumi ini akan bergembira, berpesta dan berkirim-kiriman hadiah, kerana kedua-dua nabi itu telah menyeksa mereka yang tinggal di bumi.


Tanyalah kepada para pembantu tuan. Mereka tentu akan memberitahukan hal itu kepada tuan. Oleh sebab itu mohon tuan bermurah hati kepada orang muda ini, kerana kami datang pada hari perayaan. Sudilah kiranya tuan memberikan apa yang ada pada tuan kepada hamba-hambamu ini dan kepada anakmu Daud.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan