Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Pada bulan ketujuh orang Israel telah tinggal di kota masing-masing. Maka berkumpullah seluruh rakyat secara serentak di lapangan, di depan Pintu Gerbang Air. Mereka meminta Ezra, ahli Kitab Suci itu, membawa Kitab Suci Taurat yang telah disampaikan TUHAN melalui Musa kepada Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada bulan ketujuh, orang Israel telah menetap di kota masing-masing. Pada hari pertama bulan itu, mereka semua berkumpul di Yerusalem, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air. Mereka minta supaya kitab Taurat diambil oleh Imam Ezra, seorang ahli dalam Taurat yang diberikan TUHAN kepada Israel melalui Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada bulan ketujuh, orang Israel telah menetap di kota masing-masing. Pada hari pertama bulan itu, mereka semua berkumpul di Yerusalem, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air. Mereka minta supaya kitab Taurat diambil oleh Imam Ezra, seorang ahli dalam Taurat yang diberikan TUHAN kepada Israel melalui Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:1
25 Iomraidhean Croise  

Maka pergilah raja ke Bait TUHAN bersama-sama semua orang Yehuda, seluruh penduduk Yerusalem, imam, nabi, dan seluruh rakyat, dari yang kecil sampai yang besar. Dibacakannya semua kata dalam kitab perjanjian yang ditemukan di Bait TUHAN itu, sementara mereka mendengarkannya.


Lalu Hilkia berkata kepada jurutulis Safan, “Aku menemukan Kitab Suci Taurat di dalam Bait TUHAN,” sambil menyerahkan kitab itu kepada Safan.


Raja pun pergi ke Bait TUHAN bersama-sama semua orang Yehuda, penduduk Yerusalem, para imam, bani Lewi, dan seluruh rakyat, daripada yang besar sampai kepada yang kecil. Dibacanya semua perkataan kitab perjanjian yang ditemukan di Bait TUHAN itu, sementara mereka mendengarkannya.


Setelah peristiwa-peristiwa itu, pada masa pemerintahan Artahsasta, raja Parsi, tampillah Ezra anak Seraya, anak Azarya, anak Hilkia,


Ezra memang telah menetapkan hatinya untuk mengkaji hukum TUHAN, mengamalkannya, dan mengajarkan ketetapan serta peraturan kepada orang Israel.


Inilah salinan surat yang diberikan Raja Artahsasta kepada Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat, ahli dalam hal ehwal perintah dan ketetapan TUHAN bagi orang Israel.


Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.


Mereka semua berkhidmat pada zaman Yoyakim anak Yesua anak Yozadak dan pada zaman pembesar Nehemia serta Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu.


Di Pintu Gerbang Air Pancut mereka maju terus lalu menaiki tangga Kota Daud di tanjakan tembok, melalui bahagian atas istana Daud ke arah Pintu Gerbang Air di sebelah timur.


dan para hamba Bait Allah yang tinggal di Ofel menjalankan kerja pembaikan sampai ke depan Pintu Gerbang Air di sebelah timur, hingga ke menara yang menjulang itu.


Maka pergilah rakyat mengambil semua jenis daun itu. Lalu mereka membuat pondok-pondok di atas bumbung rumah masing-masing, di halaman rumah mereka, di laman luar Rumah Allah, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air, dan di lapangan dekat Pintu Gerbang Efraim.


Dengan menghadap ke arah lapangan, di depan Pintu Gerbang Air, dibacanya kitab itu dari pagi sampai tengah hari di hadapan para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti. Seluruh rakyat mendengar baik-baik pembacaan Kitab Suci Taurat itu.


Carilah hukum Taurat dan peringatan Ilahi! Jika mereka tidak berbicara selaras dengan perkataan ini, maka bagi mereka tidak ada cahaya fajar.


Mereka pun membawa apa yang diperintahkan Musa ke hadapan Khemah Pertemuan, lalu seluruh umat juga mendekati lalu berdiri di hadapan TUHAN.


“Ingatlah hukum Taurat iaitu segala ketetapan dan peraturan yang diperuntukkan bagi semua orang Israel yang Kusampaikan melalui hamba-Ku Musa di Horeb.


Yesus berkata, “Oleh itu, setiap ahli Taurat yang telah menerima ajaran tentang kerajaan syurga adalah seperti ketua rumah yang mengeluarkan barang baru dan barang lama daripada khazanah simpanannya.”


“Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menutupi kerajaan syurga di muka orang. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk masuk.


“Ahli Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa.


Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi, orang bijaksana dan ahli Taurat kepadamu. Kamu akan membunuh dan menyalib mereka. Yang lain pula kamu sebat di dalam saumaah, dan buru dari kota ke kota.


ketika semua orang Israel datang menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya, bacakanlah hukum Taurat ini di depan semua orang Israel.


Kemudian keluarlah semua orang Israel dari Dan sampai Bersyeba dan juga dari Tanah Gilead, lalu berhimpunlah kesemua umat yang bersatu itu menghadap TUHAN di Mizpa.


Maka bangunlah seluruh umat di situ dengan serentak sambil berkata, “Tiada seorang pun daripada kita akan pergi ke khemahnya, dan tiada seorang pun daripada kita yang akan pulang ke rumahnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan