Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 7:65 - Alkitab Versi Borneo

65 Pembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

65 Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

65 Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 7:65
16 Iomraidhean Croise  

Pembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim.


Pada materai perjanjian itu terdapat nama-nama orang ini: Pembesar Nehemia anak Hakhalya dan Zedekia.


Mereka ini mencari catatan nama mereka dalam daftar salasilah tetapi tidak menemukannya. Oleh sebab itu mereka dinyatakan cemar untuk menyertai jawatan imam.


Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang,


Beberapa ketua kaum keluarga memberikan sumbangan untuk pekerjaan itu, sedangkan pembesar menyumbang untuk perbendaharaan sebanyak 1,000 dirham emas, 50 buah bokor, dan 530 helai tunik imam.


Kemudian Nehemia, pembesar itu, dan Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, juga bani Lewi yang mengajar umat itu berkata kepada seluruh rakyat, “Hari ini suci bagi TUHAN, Allahmu. Jangan berdukacita atau menangis!” Seluruh rakyat memang menangis ketika mendengar perkataan hukum Taurat itu.


Hendaklah kamu letakkan Urim dan Tumim di dalam penutup dada yang digunakan untuk mengemukakan keputusan hukum. Kedua-duanya hendaklah berada tepat di depan jantung Harun ketika dia masuk menghadap TUHAN. Dengan demikian, di hadapan TUHAN Harun akan sentiasa membawa keputusan-keputusan hukum bagi bani Israel.


Namun begitu, apa-apa yang tersisa daripada persembahan bahan makanan itu menjadi bahagian Harun dan anak-anaknya dan itulah bahagian yang teramat suci daripada korban bakaran untuk TUHAN.


Namun begitu apa-apa bahagian yang tersisa daripada persembahan bahan makanan itu menjadi bahagian milik Harun dan anak-anaknya. Itulah bahagian yang teramat suci daripada korban bakaran untuk TUHAN.


Bahagian itu tidak boleh dibakar dengan dimasukkan ragi. Daripada korban bakaran untuk-Ku, bahagian itulah yang Kuberikan sebagai bahagian mereka, dan bahagian itu bahagian yang teramat suci, sama seperti korban penghapus dosa dan korban penebus kesalahan.


Dia pun memasangkan penutup dada Harun serta meletakkan Urim dan Tumim di sebelah dalam penutup dada itu.


Hendaklah dia berdiri di depan Imam Eleazar yang akan menanyakan petunjuk baginya melalui keputusan Urim di hadapan TUHAN. Atas kata-kata imam itu, mereka akan keluar dan atas kata-kata imam itu, mereka akan masuk baik Yosua mahupun semua orang Israel, iaitu seluruh kalangan umat itu.”


Mengenai Lewi dia berkata, “Tumim-Mu dan Urim-Mu adalah milik orang salih-Mu yang Kauuji di Masa — dengannya Kamu berbantah di mata air Meriba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan