3 Kataku kepada mereka, “Jangan dibuka pintu-pintu gerbang Yerusalem sebelum matahari panas dan sewaktu para pengawal pintu-pintu itu sedang bertugas; arahkan mereka menutup dan memalang kesemua pintu. Tempatkanlah para penjaga daripada kalangan penduduk Yerusalem di tempat penjagaan masing-masing dan di depan rumah masing-masing.”
3 Aku memberitahu mereka supaya tidak membuka pintu gerbang sebelum matahari terbit, dan supaya menutupnya dengan memasang palang sebelum para pengawal pulang pada petang hari. Aku juga menyuruh mereka melantik beberapa orang pengawal di kalangan penduduk Yerusalem, dan menugaskan sebilangan daripada mereka di tempat-tempat yang tertentu, sedangkan yang lain meronda di sekeliling rumah masing-masing.

Apabila menjelang hari Sabat dan gelap mula berbayang pada pintu-pintu gerbang Yerusalem, aku memerintahkan agar pintu-pintu itu ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalunya Sabat. Kemudian kutempatkan beberapa orang anak buahku di pintu-pintu gerbang supaya jangan ada muatan yang masuk pada hari Sabat.
Selepas mereka, Benyamin dan Hasub menjalankan kerja pembaikan di depan rumah mereka sendiri, lalu disambung oleh Azarya anak Maaseya anak Ananya yang menjalankan kerja pembaikan di sisi rumahnya sendiri.
Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.