Nehemia 7:2 - Alkitab Versi Borneo2 Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)2 Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik2 Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah. Faic an caibideil |
Aku mengangkat bendahara untuk mengawasi perbendaharaan, iaitu Imam Selemya dan Zadok, ahli Kitab Suci Taurat itu, serta Pedaya, seorang Lewi, sedangkan Hanan anak Zakur anak Matanya menjadi pembantu mereka kerana mereka itu dianggap sebagai boleh dipercayai dan mereka bertugas mengurus pembahagian untuk saudara-saudara mereka.
Kataku kepada mereka, “Jangan dibuka pintu-pintu gerbang Yerusalem sebelum matahari panas dan sewaktu para pengawal pintu-pintu itu sedang bertugas; arahkan mereka menutup dan memalang kesemua pintu. Tempatkanlah para penjaga daripada kalangan penduduk Yerusalem di tempat penjagaan masing-masing dan di depan rumah masing-masing.”
Selain itu, carilah dalam kalangan seluruh umat itu beberapa orang yang berkebolehan lagi takut kepada Allah, orang yang boleh dipercayai dan amanah iaitu tidak dapat disuap. Lantiklah mereka untuk menjadi pemimpin bagi seribu orang, pemimpin seratus orang, pemimpin lima puluh orang, dan pemimpin sepuluh orang.