Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 7:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 7:1
12 Iomraidhean Croise  

Mereka pergi lalu berseru kepada para penjaga pintu gerbang kota dan memberitahukan demikian kepada orang itu, “Kami mendatangi perkhemahan orang Aram. Ternyata tidak ada orang di sana dan tidak terdengar suara manusia. Hanya ada kuda-kuda dan keldai-keldai tertambat, manakala khemah-khemah ditinggalkan begitu sahaja.”


Hizkia menetapkan regu para imam dan bani Lewi menurut giliran mereka, selaras dengan pekerjaan masing-masing sebagai imam atau bani Lewi. Mereka harus mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian, menyelenggarakan ibadat, mengucap syukur, dan melantunkan puji-pujian di pintu-pintu gerbang perkhemahan TUHAN.


Pada tahun kedua setelah mereka sampai di Rumah Allah di Yerusalem, tepatnya dalam bulan kedua, Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak berserta saudara-saudara mereka yang selebihnya, iaitu imam, bani Lewi, dan semua orang yang pulang dari tempat penawanan ke Yerusalem, memulai pekerjaan itu. Mereka menugaskan bani Lewi yang berumur dua puluh tahun ke atas untuk mengawasi pekerjaan di Bait TUHAN.


Orang Israel daripada bani Lewi harus membawa persembahan khusus berupa gandum, air anggur, dan minyak ke bilik-bilik itu. Di sana ada segala kelengkapan tempat suci, para imam yang menyelenggarakan ibadat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi. Kami tidak akan mengabaikan Bait Allah kami.


Inilah daftar ketua wilayah yang tinggal di Yerusalem, sementara orang Israel lainnya, para imam, bani Lewi, para hamba Bait Allah, dan keturunan para hamba Salomo tinggal di kota-kota Yehuda, iaitu di tanah milik masing-masing, di kota mereka sendiri.


Para ketua bani Lewi ialah Hasabya, Serebya, Yesua anak Kadmiel, dan saudara-saudara mereka yang berdiri berhadapan dengan mereka untuk memuji dan mengucap syukur menurut perintah Daud, hamba Allah itu, dengan satu angkatan selaras dengan angkatan satu lagi.


Apabila Sanbalat, Tobia, dan Gesyem, orang Arab itu, serta musuh-musuh kami selebihnya mendengar bahawa aku telah membina semula tembok sehingga tidak ada lagi lubang — biarpun pada ketika itu pintu-pintu gerbangnya belum lagi kupasang,


Genap dalam lima puluh dua hari, selesailah pembinaan semula tembok itu iaitu pada hari kedua puluh lima bulan Elul.


Mereka juga memuji-muji kebaikan Tobia di depanku, dan kata-kataku mereka sampaikan kepadanya. Tobia terus mengirim beberapa pucuk surat untuk menakut-nakutkan aku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan