Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Memang mereka semua sengaja berusaha menakut-nakutkan kami dengan berfikir, “Mereka akan patah semangat dalam pekerjaan itu sehingga tidak dapat menyelesaikannya.” Tetapi sekarang, kuatkanlah semangatku, ya Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Mereka mencuba menakut-nakutkan kami supaya kami berhenti bekerja. Kemudian aku berdoa, “Ya Allah, kuatkanlah aku sekarang!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Mereka mencuba menakut-nakutkan kami supaya kami berhenti bekerja. Kemudian aku berdoa, “Ya Allah, kuatkanlah aku sekarang!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:9
23 Iomraidhean Croise  

Tetapi kamu, kuatkanlah hatimu. Jangan biarkan tanganmu menjadi lemah, kerana ada pahala bagi pekerjaanmu.”


Mereka berseru-seru dengan suara nyaring dalam bahasa Ibrani kepada penduduk Yerusalem yang ada di atas tembok untuk menakut-nakuti dan menggentarkan mereka, supaya kota itu dapat direbut mereka.


Semua orang di sekitar mereka membantu mereka dengan bekal berupa barang-barang perak dan emas, harta dan ternakan, serta benda-benda berharga, selain segala sesuatu yang dipersembahkan dengan sukarela.


Ya Allahku, ingatlah Tobia dan Sanbalat menurut apa yang dilakukan mereka, juga Nabiah Noaja dan nabi-nabi lain yang mahu menakut-nakutkan aku.


Pada hari aku berseru, Engkau telah menjawab aku; dan menjadikan aku berani dengan kekuatan dalam jiwaku.


Apabila aku berasa takut, aku berharap kepada-Mu.


Ya Allah, Engkau lebih menakjubkan daripada tempat-tempat suci-Mu; Allah Israel memberi kekuatan dan kekuasaan kepada umat-Nya. Segala puji bagi Allah!


Kepada-Mu, ya TUHAN, aku berlindung; jangan biarkan aku menanggung malu.


Dia memberikan kekuatan kepada yang letih, dan menambah tenaga kepada mereka yang tidak berdaya.


Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.’


Lalu para pembesar itu berkata kepada raja, “Orang ini harus dihukum mati. Dengan menyampaikan perkataan-perkataan itu, dia mematahkan semangat saki-baki pejuang di kota ini dan seluruh rakyat. Sungguh, orang ini tidak mengikhtiarkan kesejahteraan bagi bangsa ini melainkan malapetaka.”


Lengan raja Babel akan Kukuatkan dan pedang-Ku akan Kuberikan kepadanya. Tetapi lengan Firaun akan Kupatahkan sehingga dia akan mengerang di hadapan raja Babel seperti orang yang terluka.


Aku akan menguatkan mereka di dalam TUHAN, dan mereka akan berjalan dalam nama-Nya,” demikianlah firman TUHAN.


Tetapi firman-Nya, “Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan.” Oleh itu, aku paling rela berbangga tentang kelemahan-kelemahanku, supaya kuasa Kristus menaungiku.


Aku berdoa semoga Dia mengurniakan kepadamu, menurut limpah kemuliaan-Nya, kekuatan melalui Roh-Nya dalam dirimu.


Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya.


Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan.


Oleh itu, kuatkanlah tangan yang lesu dan lutut yang lemah,


Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu.


Daud menjadi begitu tertekan apabila rakyat berkata hendak merejamnya dengan batu. Memang seluruh rakyat itu berasa amat pedih lantaran tertawannya anak masing-masing, baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, Daud menguatkan hati di dalam TUHAN, Allahnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan