Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:6 - Alkitab Versi Borneo

6 yang di dalamnya tertulis demikian: “Tersiar khabar di antara bangsa-bangsa — Gesyem juga mengatakan hal yang sama — bahawa engkau dan orang Yahudi bermaksud memberontak. Itulah sebabnya engkau membina semula tembok itu. Menurut khabar itu, engkau hendak menjadi raja mereka,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Demikianlah kandungan surat itu: “Menurut kata Gesyem, ada khabar angin di antara negeri-negeri jiran bahawa tuan dan orang Yahudi ingin memberontak, dan itulah sebabnya kamu membina semula tembok kota. Dia juga mengatakan bahawa tuan ingin menjadi raja,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Demikianlah kandungan surat itu: “Menurut kata Gesyem, ada khabar angin di antara negeri-negeri jiran bahawa tuan dan orang Yahudi ingin memberontak, dan itulah sebabnya kamu membina semula tembok kota. Dia juga mengatakan bahawa tuan ingin menjadi raja,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:6
16 Iomraidhean Croise  

Dimaklumkan kepada Raja bahawa orang Yahudi yang berangkat dari kerajaan Tuanku ke tempat kami, telah tiba di Yerusalem. Mereka sedang membina kembali kota yang derhaka dan jahat itu. Temboknya sudah selesai dibina oleh mereka dan asasnya sedang digali oleh mereka.


Semoga penyiasatan dalam babad nenek moyang tuanku diadakan. Dalam babad itu tuanku akan mengetahui bahawa kota itu sebuah kota derhaka yang merugikan raja-raja serta wilayah-wilayah, dan bahawa di dalam kota itu pemberontakan sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Itulah sebabnya kota itu dimusnahkan.


Tetapi ketika Sanbalat, orang Horon, juga Tobia, orang Amon, si pegawai itu, dan orang Arab itu iaitu Gesyem, mendengar hal itu, mereka mengolok-olokkan dan menghina kami. Kata mereka, “Apakah yang kamu lakukan itu? Adakah kamu mahu memberontak menentang raja?”


dengan tujuan supaya aku takut lalu berbuat demikian sehingga aku berdosa. Dengan begitu mereka dapat membusukkan namaku sehingga aku dicela.


Kemudian, buat kali kelimanya, Sanbalat mengutus seorang pembantunya kepadaku dengan pesan seperti itu dan orang itu membawa sepucuk surat terbuka,


bahkan kamu mengangkat para nabi untuk memaklumkan diri engkau di Yerusalem, demikian, ‘Ada seorang raja di Tanah Yehuda!’ Tentunya sekarang berita seperti itu akan terdengar oleh raja. Oleh sebab itu mari kita bermuafakat bersama-sama.”


Aku mendengar banyak bisikan orang: “Kegentaran dari segala jurusan! Adukanlah dia! Kami pun mahu mengadukannya!” Semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku, “Mudah-mudahan dia terperdaya, sehingga kami dapat mengalahkan dia dan membalas dia.”


Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku.


Mereka mula menuduh Dia, “Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!”


Ketika Pilatus mendengar kata-kata demikian, dia pun membawa Yesus, lalu duduk di kerusi pengadilan di tempat yang disebut “Laman Batu”, dalam bahasa Ibrani Gabbatha.


Dan mengapa tidak dikatakan, “Mari kita berbuat jahat supaya hasilnya baik.” Demikian orang memfitnahkan kita berkata dan sesetengahnya menegaskan bahawa kita berkata begitu. Hukuman atas mereka itu memang wajar.


Kami dimuliakan dan dihina, dikeji dan dipuji. Kami dipanggil penipu sedangkan kami benar.


serta dengan suara hati yang murni. Dengan demikian mereka yang mencela kelakuan baikmu dalam Kristus akan berasa malu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan