Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:2 - Alkitab Versi Borneo

2 maka Sanbalat dan Gesyem mengutus orang kepadaku dengan pesan, “Mari kita mengadakan pertemuan di salah sebuah kampung di Lembah Ono.” Tetapi mereka berniat mencederakan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Oleh itu Sanbalat dan Gesyem mengirim pesan kepadaku, meminta supaya aku menemui mereka di salah satu kampung di Lembah Ono, tetapi aku tahu bahawa mereka mahu mencelakakan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Oleh itu Sanbalat dan Gesyem mengirim pesan kepadaku, meminta supaya aku menemui mereka di salah satu kampung di Lembah Ono, tetapi aku tahu bahawa mereka mahu mencelakakan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:2
15 Iomraidhean Croise  

Kata Yoab kepada Amasa, “Engkau sihat, saudaraku?” Lalu Yoab memegang janggut Amasa dengan tangan kanannya untuk mencium dia.


Sekembalinya Abner ke Hebron, Yoab membawanya sebentar ke samping di tengah-tengah pintu gerbang itu, seakan-akan hendak berbicara secara empat mata dengannya. Lalu ditikamnyalah perut Abner sampai mati demi membalas hutang darah Asael, adiknya.


Anak-anak Elpaal: Eber, Misam, dan Semed, yang membina Ono dan Lod dengan kampung-kampungnya.


Lod dan Ono, Lembah Para Tukang.


Bersebelahan dengan Meremot, para imam, dari kawasan sekeliling Lembah Yordan pula menjalankan kerja pembaikan.


Jadi, kukirim beberapa utusan kepada mereka dengan pesan, “Aku terlalu sibuk melaksanakan suatu pekerjaan yang besar untuk pergi ke sana. Mengapa perlu pekerjaan ini terhenti kerana aku meninggalkannya hanya untuk menemui kamu?”


Mereka berkata sama sendiri tanpa keikhlasan, dengan pujian manis di bibir sedangkan hati bercabang.


Orang zalim menyusun rancangan menentang orang yang benar dan menggertakkan gigi terhadapnya;


Orang zalim memerhatikan orang yang benar; dan cuba membunuhnya;


Dan aku melihat segala usaha jerih payah dan segala kemahiran dalam pekerjaan itu berpunca daripada iri hati seseorang terhadap jirannya. Maka itu jua kesia-siaan dan usaha menjaring angin.


tiba-tiba Ismael anak Netanya dan kesepuluh orang yang ada bersamanya menyerang Gedalya anak Ahikam anak Safan dengan pedang. Demikianlah Ismael membunuh orang yang diangkat raja Babel menjadi pembesar negeri itu.


Mereka pun datang kepadamu berduyun-duyun lalu duduk di hadapanmu sebagai umat-Ku. Mereka mendengar perkataanmu, tetapi tidak melakukannya. Dengan mulut mereka menyatakan kasih, tetapi hati mereka mengejar laba haram.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan