Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Ya Allahku, ingatlah Tobia dan Sanbalat menurut apa yang dilakukan mereka, juga Nabiah Noaja dan nabi-nabi lain yang mahu menakut-nakutkan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Aku berdoa, “Ya Allah, ingatlah akan apa yang dilakukan oleh Tobia dan Sanbalat. Hukumlah mereka. Ingatlah juga Noaja, nabi perempuan itu dan semua nabi lain yang cuba menakut-nakutkan aku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Aku berdoa, “Ya Allah, ingatlah akan apa yang dilakukan oleh Tobia dan Sanbalat. Hukumlah mereka. Ingatlah juga Noaja, nabi perempuan itu dan semua nabi lain yang cuba menakut-nakutkan aku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:14
26 Iomraidhean Croise  

Ya Allahku, ingatlah mereka, kerana mereka mencemari jawatan imam serta perjanjian tentang keimaman dan bani Lewi.


Ya Allahku, ingatlah aku demi kesejahteraanku, selaras dengan segala yang kulakukan demi bangsa ini.


Ingatlah, ya TUHAN, betapa anak-anak Edom pada hari Yerusalem berkata, “Runtuhkan, runtuhkan sampai ke asas-asasnya!”


Ya Allahku, ya Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Mengapa Engkau terlalu jauh untuk menolongku, dan untuk mendengar kata-kata rintihanku?


Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui-Mu, di tanah gersang tandus tanpa air.


Kemudian Miryam, seorang nabiah yang juga saudara Harun, mengambil rebana, lalu semua perempuan keluar mengikutinya sambil memukul rebana dan menari-nari.


Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN mengenai para nabi yang menyampaikan nubuat atas nama-Ku itu: Aku tidak mengutus mereka, tetapi mereka berkata, ‘Pedang dan bencana kebuluran tidak akan melanda negeri ini.’ Para nabi itu akan dilenyapkan oleh pedang dan bencana kebuluran.


Jika aku keluar ke padang, tampaklah orang yang terbunuh oleh pedang. Jika aku memasuki kota, tampaklah orang yang menderita oleh bencana kebuluran. Baik nabi mahupun imam berkelana ke negeri yang tidak dikenali mereka.”


Pada tahun itu juga, pada awal zaman pemerintahan Zedekia raja Yehuda, iaitu tahun keempat pada bulan kelima, Nabi Hananya anak Azur yang berasal dari Gibeon berkata kepadaku dalam Bait TUHAN, di hadapan mata para imam dan seluruh rakyat,


Kemudian Nabi Hananya mengambil kuk dari tengkuk Nabi Yeremia lalu mematahkannya.


Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hananya, “Dengarlah, wahai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau, tetapi engkau telah membuat rakyat ini mempercayai dusta.


Ramai nabi palsu akan tampil memperdaya orang ramai.


Kerana beberapa kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dan menunjukkan pelbagai mukjizat serta keajaiban untuk memperdaya orang, kalau boleh termasuk umat pilihan.


“Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas.


Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Musa dahulu, demikianlah orang ini menentang ajaran yang benar — mereka tidak berfikiran waras dan telah menyeleweng daripada iman sebenar.


Sekiranya kamu melihat saudara seimanmu melakukan dosa, dan dosa itu tidaklah mengakibatkan kematian, berdoalah semoga Allah memberinya hidup. Tetapi ada dosa yang mengakibatkan kematian. Aku tidak mengatakan bahawa dia harus berdoa tentang hal itu.


Kemudian binatang itu ditawan, dan bersamanya nabi palsu yang mengadakan pelbagai tanda di hadapannya dan dengan demikian memperdaya orang yang telah menerima tanda binatang itu serta orang yang menyembah patungnya. Kedua-duanya dihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api yang menyala dengan belerangnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan