Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:13 - Alkitab Versi Borneo

13 dengan tujuan supaya aku takut lalu berbuat demikian sehingga aku berdosa. Dengan begitu mereka dapat membusukkan namaku sehingga aku dicela.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Mereka mengupah dia untuk menakut-nakutkan aku supaya aku mengikuti cadangan mereka, dan aku berdosa. Dengan demikian mereka mendapat kesempatan untuk memburukkan namaku dan mempermalukan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Mereka mengupah dia untuk menakut-nakutkan aku supaya aku mengikuti cadangan mereka, dan aku berdosa. Dengan demikian mereka mendapat kesempatan untuk memburukkan namaku dan mempermalukan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:13
24 Iomraidhean Croise  

Aku sedar bahawa dia bukan diutus Allah. Nubuat itu diucapkannya terhadap aku setelah diupah oleh Tobia dan Sanbalat,


yang di dalamnya tertulis demikian: “Tersiar khabar di antara bangsa-bangsa — Gesyem juga mengatakan hal yang sama — bahawa engkau dan orang Yahudi bermaksud memberontak. Itulah sebabnya engkau membina semula tembok itu. Menurut khabar itu, engkau hendak menjadi raja mereka,


Nama baik patut lebih didambakan daripada banyak harta, dihargai orang lebih baik daripada perak dan emas.


Orang yang mengampu jirannya membentangkan jaring bagi kakinya.


Nama yang baik lebih baik daripada ubat salap yang berharga, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.


Dengarlah Aku, wahai kamu yang mengetahui kebenaran, wahai umat yang menaruh hukum-Ku dalam hatinya! Jangan takut terhadap celaan manusia dan jangan kecut hati terhadap hujahan mereka,


Terhadap siapakah engkau khuatir dan takut sehingga engkau berdusta dan tidak mengingati Aku atau memperhatikan Aku? Bukankah Aku berdiam diri lama sekali sehingga engkau tidak takut kepada-Ku?


Tetapi bersiaplah engkau! Sampaikanlah segera kepada mereka semua yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan kecut hati menghadapi mereka, supaya Aku tidak membuat engkau kecut hati di hadapan mereka.


Mereka berkata, “Mari kita membuat rancangan untuk menentang Yeremia, kerana tidak akan hilang pengajaran Taurat daripada imam, begitu pula nasihat daripada orang bijak atau firman daripada nabi. Mari kita menyerang dia dengan kata-kata. Jangan dengarkan segala perkataannya.”


Aku mendengar banyak bisikan orang: “Kegentaran dari segala jurusan! Adukanlah dia! Kami pun mahu mengadukannya!” Semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku, “Mudah-mudahan dia terperdaya, sehingga kami dapat mengalahkan dia dan membalas dia.”


Engkau, wahai anak manusia, jangan takut kepada mereka dan kepada kata-kata mereka. Sekalipun duri dan onak ada di sekitarmu dan engkau tinggal antara kala jengking, jangan takut! Jangan takut mendengar perkataan mereka dan jangan kecut hati melihat muka mereka, kerana mereka ialah keturunan kaum yang derhaka.


Jangan takut akan mereka yang hanya dapat membunuh jasad tetapi tidak berkuasa memusnahkan jiwa. Takutilah Dia yang berkuasa memusnahkan jasad dan jiwa di dalam neraka.


Beberapa orang Farisi pergi dan berpakat bagaimana hendak memerangkap Yesus dengan menyoal kata-kata yang digunakan-Nya.


Ketua-ketua imam dan seluruh Majlis Agama berusaha mencari kesaksian terhadap Yesus supaya dapat membunuh-Nya.


Mereka membawa saksi-saksi palsu yang berkata tentang Stefanus, “Orang ini tidak putus-putus meluahkan kata-kata kufur tentang tempat suci ini dan hukum agama kita.


Tetapi aku akan terus melakukan apa yang kulakukan sekarang, untuk menutup peluang bagi mereka yang mencari peluang supaya dianggap sama dengan kami dalam hal-hal yang dibanggakan mereka.


Oleh yang demikian aku mahu balu muda berkahwin lagi, mendapat anak dan mengurus rumah tangga, supaya musuh tidak dapat memburukkan nama kita;


Allah tidak memberi kita roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib.


dan gunakan kata-kata bijak yang tidak dapat dicela, supaya musuhmu malu kerana gagal mencari kesalahan kita.


Apabila seseorang tidak melakukan sesuatu yang baik dan sepatutnya dilakukan, maka orang itu berdosa.


Tetapi mereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pembunuh, melakukan yang cabul, ahli sihir, penyembah berhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalam lautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilah kematian kedua.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan