Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Aku sedar bahawa dia bukan diutus Allah. Nubuat itu diucapkannya terhadap aku setelah diupah oleh Tobia dan Sanbalat,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Apabila aku merenungkan perkara itu semula, aku sedar bahawa amaran Semaya itu bukan daripada Allah. Tetapi Tobia dan Sanbalat sudah memberikan rasuah kepada Semaya supaya menyampaikan amaran itu kepadaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Apabila aku merenungkan perkara itu semula, aku sedar bahawa amaran Semaya itu bukan daripada Allah. Tetapi Tobia dan Sanbalat sudah memberikan rasuah kepada Semaya supaya menyampaikan amaran itu kepadaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:12
20 Iomraidhean Croise  

Tetapi kataku, “Masakan orang seperti aku melarikan diri? Adakah orang seperti aku ini akan masuk ke dalam Bait Suci untuk menyelamatkan nyawanya? Aku tidak mahu pergi!”


dengan tujuan supaya aku takut lalu berbuat demikian sehingga aku berdosa. Dengan begitu mereka dapat membusukkan namaku sehingga aku dicela.


Anjing-anjing itu bernafsu besar, tidak tahu kenyang. Mereka itu gembala yang tidak dapat mengerti. Semuanya menyimpang ke jalan sendiri, masing-masing mengejar laba, tanpa terkecuali.


Firman TUHAN kepadaku, “Para nabi itu menyampaikan nubuat dusta atas nama-Ku! Aku tidak mengutus mereka, tidak memerintahkan mereka, dan tidak berfirman kepada mereka. Nubuat yang diberikan mereka kepadamu adalah daripada penglihatan bohong, tenungan kosong, dan tipu daya hati mereka sendiri.


Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Jangan dengarkan perkataan para nabi yang menyampaikan ramalan kepadamu. Mereka memberimu harapan yang sia-sia. Mereka menyampaikan penglihatan yang muncul dari hati mereka sendiri, bukan daripada TUHAN.


“Aku telah mendengar perkataan para nabi yang menyampaikan nubuat dusta atas nama-Ku dengan mengatakan, ‘Aku bermimpi! Aku bermimpi!’


Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hananya, “Dengarlah, wahai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau, tetapi engkau telah membuat rakyat ini mempercayai dusta.


Engkau telah menista Aku dalam kalangan umat-Ku demi beberapa genggam barli dan beberapa potong roti, dengan membunuh orang yang tidak patut mati serta membiarkan hidup orang yang tidak patut hidup melalui dustamu kepada umat-Ku yang mahu mendengar dusta.”


Kerana kamu melemahkan hati orang benar dengan dusta padahal Aku tidak mendukakan dia, dan kamu menguatkan semangat orang fasiq sehingga dia tidak berbalik daripada jalan hidupnya yang jahat untuk menyelamatkan dirinya,


Bukankah kamu menyampaikan penglihatan tipuan serta tenungan dusta ketika kamu berkata, “Demikianlah firman TUHAN,” padahal Aku tidak berfirman?’


Para ketuanya memutuskan hukum demi rasuah, para imamnya mengajar demi bayaran, dan para nabinya menenung demi wang. Tetapi mereka juga bersandar kepada TUHAN dan berkata, “Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita? Tidak ada malapetaka yang akan menimpa kita.”


Aku tidak pernah ingin memiliki emas perak atau pakaian orang.


Kepada yang lain diberi kurnia untuk mengerjakan mukjizat, ada yang diberi kebolehan bernubuat dan menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Juga ada mereka yang dikurniai kebolehan untuk membezakan roh-roh. Ada juga mereka yang diberi kurnia untuk bertutur dalam pelbagai lidah, dan ada pula yang diberi kurnia untuk mentafsirkan lidah-lidah itu.


Orang rohani menilai segala-galanya tetapi tiada siapa dapat menilai orang itu.


Dia seharusnya bukan pemabuk, tidak melakukan kekerasan, lemah lembut, bukan kaki gaduh, dan tidak tamak akan wang.


Ini perlu kerana seorang penyelia jemaah memegang tugas mengendalikan pekerjaan Allah. Oleh yang demikian, dia mestilah tidak bercela — tidak menindas orang lain, tidak pemarah, tidak pemabuk, tidak ganas, dan tidak rakus.


Jagalah jemaah Allah sekitarmu seperti gembala menjaga kawanan domba. Awasi mereka — bukan secara terpaksa tetapi dengan rela; bukan untuk mendapat keuntungan yang tidak wajar, tetapi dengan sepenuh hati;


Dengan tamak haloba, mereka akan memperalatkan kamu melalui kata-kata dusta. Hukuman untuk mereka sudah ditetapkan dan akan menimpa mereka.


Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu telah menjelajah ke seluruh dunia.


juga kayu manis, rempah-ratus, setanggi, minyak wangi, dupa, air anggur, minyak zaitun, tepung halus, gandum, dan lembu, domba, kuda, pedati, abdi, serta nyawa manusia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan