Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Apabila Sanbalat, Tobia, dan Gesyem, orang Arab itu, serta musuh-musuh kami selebihnya mendengar bahawa aku telah membina semula tembok sehingga tidak ada lagi lubang — biarpun pada ketika itu pintu-pintu gerbangnya belum lagi kupasang,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Sanbalat, Tobia, Gesyem, dan musuh-musuh kami yang lain mendengar bahawa kami sudah selesai memperbaiki tembok itu, dan bahawa semua lubangnya sudah ditutup, walaupun pada ketika itu kami belum memasangkan daun-daun pintu pada pintu-pintu gerbang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Sanbalat, Tobia, Gesyem, dan musuh-musuh kami yang lain mendengar bahawa kami sudah selesai memperbaiki tembok itu, dan bahawa semua lubangnya sudah ditutup, walaupun pada ketika itu kami belum memasangkan daun-daun pintu pada pintu-pintu gerbang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:1
10 Iomraidhean Croise  

Sebelum itu Imam Elyasib yang ada hubungan kekeluargaan dengan Tobia dilantik untuk mengawasi bilik-bilik Bait Allah kami.


Ketika hal itu didengar oleh Sanbalat, orang Horon, dan Tobia, seorang pegawai bangsa Amon, bahawa ada orang yang datang untuk mengusahakan agar orang Israel beroleh kesejahteraan, mereka sangat tidak suka.


Tetapi ketika Sanbalat, orang Horon, juga Tobia, orang Amon, si pegawai itu, dan orang Arab itu iaitu Gesyem, mendengar hal itu, mereka mengolok-olokkan dan menghina kami. Kata mereka, “Apakah yang kamu lakukan itu? Adakah kamu mahu memberontak menentang raja?”


Imam Besar Elyasib bersama dengan saudara-saudaranya, para imam, segera membina semula Pintu Gerbang Domba. Mereka menyucikannya dan memasang pintu-pintunya sampai sejauh Menara Mea dan Menara Hananeel.


Pintu Gerbang Ikan dibina oleh bani Senaa. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang pintu-pintunya serta pengancing-pengancing dan palang-palangnya.


Pintu Gerbang Lama diperbaik oleh Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang segala pintunya berserta pengancing dan palangnya.


Begitu terganggu dan teramat marahlah Sanbalat apabila didengarnya bahawa kami sedang membina semula tembok itu lalu dia mengolok-olokkan orang Yahudi.


Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan