Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Kataku kepada mereka, “Dengan segala yang termampu oleh kami, telah kami tebus para saudara kita, iaitu orang Yahudi yang dijual kepada bangsa-bangsa lain. Tetapi kamu pula menjual saudara-saudaramu sehingga kami perlu menebus mereka kembali!” Lalu mereka semua terdiam, tidak dapat menjawab apa-apa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 dan aku berkata, “Dengan seberapa daya, kami telah menebus orang Yahudi yang terpaksa menjual diri mereka kepada orang bangsa asing. Tetapi kini kamu pula yang memaksa mereka menjual diri kepada kamu, padahal kamu juga orang Yahudi!” Para pemimpin itu diam sahaja, dan tidak dapat menjawab apa-apa pun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 dan aku berkata, “Dengan seberapa daya, kami telah menebus orang Yahudi yang terpaksa menjual diri mereka kepada orang bangsa asing. Tetapi kini kamu pula yang memaksa mereka menjual diri kepada kamu, padahal kamu juga orang Yahudi!” Para pemimpin itu diam sahaja, dan tidak dapat menjawab apa-apa pun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:8
14 Iomraidhean Croise  

Lalu kataku, “Apa yang kamu lakukan itu memang tidak baik! Bukankah kamu patut hidup takut kepada Allah kita untuk menghindari celaan bangsa-bangsa lain yang merupakan musuh kita?


suara para penghulu tidak terdengar, lidah mereka melekat ke langit-langit mulut.


Mereka bingung, mereka tidak menjawab lagi, mereka kehabisan kata.


Sesiapa yang menculik seseorang, sama ada orang itu sudah dijualnya atau masih dalam tangannya, dia pasti dihukum mati.


Raja berkata kepadanya, ‘Bagaimana engkau dapat masuk ke sini dengan tidak memakai pakaian untuk majlis perkahwinan?’ Orang itu terdiam.


Kepada yang seorang dia memberikan lima talenta, kepada seorang lagi dua, kepada yang seorang lagi satu, masing-masing menurut kebolehannya. Setelah itu, dia pun bertolak.


Demikianlah, kepada setiap orang yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih lagi, sehingga dia penuh kelimpahan; sebaliknya orang yang tidak mempunyai sesuatu, apa yang ada padanya pun akan diambil.


Sekiranya saudaramu bersedih kerana sesuatu yang kamu makan, maka kamu tidaklah lagi hidup berasaskan kasih. Jangan mudaratkan sesiapa disebabkan makananmu, kerana Kristus telah berkorban nyawa untuk dia juga.


Kita tahu bahawa segala yang tersurat dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu, tiada siapa pun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.


Dengan demikian pengetahuan kamu itu membawa kebinasaan kepada saudaramu yang lemah itu, sedangkan Kristus telah mati untuknya juga.


Jika seseorang sanggup memberi, Allah reda menerima pemberiannya menurut apa yang dia ada, bukan apa yang dia tidak ada.


Oleh itu, apabila ada peluang, kita haruslah berbuat baik kepada semua orang, lebih-lebih lagi saudara-saudara kita yang seiman.


Jika didapati bahawa seseorang menculik seorang saudaranya daripada orang Israel, lalu menjadikannya sebagai hamba atau menjualnya, maka hendaklah penculik itu dihukum mati. Demikianlah hendaknya kamu menyingkirkan yang jahat daripada kalanganmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan