Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Ada pula yang berkata, “Kami telah meminjam wang untuk membayar cukai yang dikenakan raja atas ladang dan kebun anggur kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Ada lagi orang lain yang berkata, “Kami terpaksa meminjam wang untuk membayar cukai kerajaan bagi ladang dan kebun anggur kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Ada lagi orang lain yang berkata, “Kami terpaksa meminjam wang untuk membayar cukai kerajaan bagi ladang dan kebun anggur kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:4
9 Iomraidhean Croise  

iaitu keturunan orang itu yang masih tinggal di negeri itu serta yang tidak dapat ditumpaskan oleh orang Israel, merekalah yang dikerahkan Salomo sebagai buruh paksa, dan demikianlah keadaan mereka sampai hari ini.


Semoga Raja maklum bahawa jika kota itu dibangunkan semula dan temboknya selesai dikerjakan, pastilah kalangan itu tidak akan membayar cukai, ufti atau bea sehingga terjejaslah pendapatan kerajaan.


Dahulu ada raja-raja yang berkuasa atas Yerusalem, yang memerintah seluruh daerah di seberang Sungai Efrat, dan cukai, ufti serta bea dibayar kepada mereka itu.


Tambahan pula, dengan ini kami memberitahumu bahawa tidak boleh dikenakan cukai, ufti atau bea kepada sesiapa sahaja daripada para imam, bani Lewi, penyanyi, penjaga pintu gerbang, pelayan Bait Suci, dan pekerja Rumah Allah itu.


Ada juga beberapa yang lain yang berkata, “Kami gadaikan ladang, kebun anggur, dan rumah kami demi mendapat gandum selama berlakunya bencana kebuluran.”


Negeri ini memberikan banyak hasil kepada para raja yang telah Kautetapkan atas kami kerana dosa-dosa kami. Mereka berkuasa atas tubuh kami dan boleh melakukan sesuka hati mereka atas ternakan kami, sehingga kami mengalami kesesakan yang amat besar.”


Orang kaya menguasai orang miskin, dan si penghutang menjadi hamba kepada si pemiutang.


Namun begitu, mereka tidak mengusir bani Kanaan yang tinggal di Gezer, sehingga bani Kanaan itu masih tinggal antara bani Efraim sampai hari ini sebagai buruh paksa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan