13 Aku juga mengebaskan lipatan bajuku sambil berkata, “Demikianlah akan dikebas Allah dari rumahnya dan daripada hasil jerih lelahnya setiap orang yang tidak menepati perjanjian ini. Demikianlah dia dikebas dan dihampakan.” Seluruh jemaah berkata, “Amin,” lalu memuji-muji TUHAN. Maka rakyat melakukan sebagaimana yang dijanjikan mereka itu.
13 Setelah itu aku menanggalkan ikat pinggangku dan mengebaskannya di hadapan mereka, dan berkata, “Beginilah caranya Allah akan mengebaskan setiap orang di kalangan kamu yang tidak menepati janjinya. Allah akan mengambil rumah orang itu dan segala miliknya, sehingga orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa.” Semua orang yang hadir di situ berkata, “Amin!” lalu memuji TUHAN. Para pemimpin itu pun menepati janji mereka.

Kemudian raja berdiri dekat tiang. Diikatnya perjanjian di hadapan TUHAN untuk hidup mengikuti TUHAN dan berpegang teguh pada segala perintah-Nya, peraturan-Nya, serta ketetapan-Nya dengan segenap hati dan jiwa, juga untuk melaksanakan kata-kata perjanjian yang tertulis dalam kitab itu. Seluruh rakyat pun turut serta dalam perjanjian itu.
Kemudian Ezra memuji TUHAN, Allah Yang Maha Besar, dan seluruh rakyat menjawab, “Amin, amin!” sambil menadahkan tangan. Mereka pun menundukkan kepala dan sujud menyembah TUHAN.
Semoga air yang mendatangkan kutukan ini masuk ke dalam tubuhmu, membuncitkan perutmu, dan menyusutkan pahamu.” Perempuan itu harus berkata, “Amin, amin.”
Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu.
Akan tetapi, mereka menentang dan mencelanya; maka Paulus mengebaskan debu daripada pakaiannya lalu berkata, “Darahmu tertumpah ke atas kepalamu sendiri, aku tidak bertanggungjawab; aku bersih. Dari sekarang aku hendak pergi kepada orang bangsa asing.”
Sekiranya kamu mengucap syukur hanya dengan rohmu, bagaimana orang yang tidak memahami dapat mengaminkan ucap syukurmu? Mereka tidak tahu apa yang kamu ucapkan!
Kemudian berkatalah Samuel kepadanya, “TUHAN telah mengoyakkan daripadamu jawatan raja atas Israel pada hari ini dan telah memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada engkau.