Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Kata mereka, “Kami akan mengembalikannya dan tidak akan menuntut sesuatu pun daripada mereka. Kami akan berbuat tepat sebagaimana yang tuan katakan.” Kemudian aku memanggil para imam dan menyuruh kesemua warga itu bersumpah bahawa mereka akan bertindak menurut perjanjian itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Pemimpin-pemimpin itu menjawab, “Baiklah, kami akan melakukan seperti yang tuan katakan. Kami akan memulangkan semuanya tanpa menuntut pembayaran daripada mereka.” Kemudian aku memanggil para imam, lalu menyuruh para pemimpin itu bersumpah di hadapan mereka, supaya janji yang diucapkan para pemimpin itu betul-betul dilaksanakan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Pemimpin-pemimpin itu menjawab, “Baiklah, kami akan melakukan seperti yang tuan katakan. Kami akan memulangkan semuanya tanpa menuntut pembayaran daripada mereka.” Kemudian aku memanggil para imam, lalu menyuruh para pemimpin itu bersumpah di hadapan mereka, supaya janji yang diucapkan para pemimpin itu betul-betul dilaksanakan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:12
15 Iomraidhean Croise  

Seluruh jemaah itu menjawab dengan suara nyaring, “Ya, kami wajib melakukan apa yang tuan katakan.


Ezra bangkit lalu menyuruh ketua imam, bani Lewi, dan semua orang Israel bersumpah bahawa mereka akan berbuat seperti yang telah dikatakan tadi. Maka bersumpahlah mereka.


menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya.


Kami tidak akan memberi anak perempuan kami kepada bangsa-bangsa negeri ini dan kami tidak akan mengambil anak perempuan mereka untuk menjadi isteri para anak lelaki kami.


Jika bangsa-bangsa negeri ini membawa barang-barang atau sebarang bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya daripada mereka pada hari Sabat atau pada bila-bila hari suci yang lain. Pada tahun ketujuh kami akan membiarkan begitu sahaja hasil tanah dan akan meluputkan setiap hutang.


Maka berbantahlah aku dengan mereka. Kukutuk mereka, kupukul beberapa orang daripada mereka, kucabut rambut mereka, dan kusuruh mereka bersumpah demi Allah, kataku, “Jangan berikan anak-anak perempuanmu kepada anak-anak lelaki mereka dan jangan ambil anak-anak perempuan mereka untuk menjadi isteri bagi anak-anak lelakimu atau bagi dirimu sendiri.


Pada hari ini juga, kembalikanlah kepada mereka ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka, juga peratusan wang, gandum, air anggur, dan minyak yang kamu tagih daripada mereka.”


Tetapi Yesus berdiam diri. Imam besar berkata kepada-Nya, “Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?”


Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan, “Tuhan, sekarang ini juga aku hendak memberikan separuh hartaku kepada orang miskin, dan jika aku telah menipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empat kali ganda.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan