Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Pada hari ini juga, kembalikanlah kepada mereka ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka, juga peratusan wang, gandum, air anggur, dan minyak yang kamu tagih daripada mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Hapuskanlah semua hutang mereka - wang, atau gandum, atau wain, ataupun minyak zaitun. Kembalikanlah ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka dengan segera!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Hapuskanlah semua hutang mereka - wang, atau gandum, atau wain, ataupun minyak zaitun. Kembalikanlah ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka dengan segera!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:11
9 Iomraidhean Croise  

Hendaklah dia mengganti anak domba betina itu empat kali ganda, kerana dia telah melakukan hal semacam itu dan kerana nyata dia tiada sifat belas kasihan.”


Aku sendiri, para saudaraku, dan anak buahku juga meminjamkan wang serta gandum kepada mereka. Biarlah kita menghapuskan perbuatan menyita gadaian atas hutang itu.


Kata mereka, “Kami akan mengembalikannya dan tidak akan menuntut sesuatu pun daripada mereka. Kami akan berbuat tepat sebagaimana yang tuan katakan.” Kemudian aku memanggil para imam dan menyuruh kesemua warga itu bersumpah bahawa mereka akan bertindak menurut perjanjian itu.


Bukan begitu. Bukankah puasa yang Kukehendaki adalah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kefasiqan dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau melepaskan orang yang tertindas sebagai orang merdeka dan mematahkan setiap kuk?


Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telah bertaubat. Jangan mula berkata sesama sendiri, ‘Abraham bapa moyang kita.’ Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Abraham.


rumah-rumah yang penuh dengan segala sesuatu yang baik yang tidak kauisi, perigi-perigi yang tidak kaugali, kebun-kebun anggur dan pokok-pokok zaitun yang tidak kautanam — dan engkau makan sampai kenyang,


Di sini aku berdiri. Berikanlah kesaksian terhadap aku di hadapan TUHAN dan di hadapan orang pilihan yang diurapi-Nya: Lembu siapakah yang telah kuambil? Keldai siapakah yang telah kuambil? Siapakah yang pernah kutipu? Siapakah yang pernah kutindas? Daripada tangan siapakah pernah kuterima sogokan yang membuatku tutup mata? Buatlah kesaksian terhadapku dan aku akan mengembalikan kesemuanya kepadamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan