Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Timbul pula bantahan keras daripada rakyat biasa dan para isteri mereka terhadap saudara orang Yahudi mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Beberapa lama kemudian banyak orang Yahudi, baik lelaki mahupun perempuan, mula bersungut terhadap sesama bangsa Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Beberapa lama kemudian banyak orang Yahudi, baik lelaki mahupun perempuan, mula bersungut terhadap sesama bangsa Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:1
15 Iomraidhean Croise  

Tidak ada daripada kami, baik aku, para saudaraku, anak buahku, mahupun para pengawalku yang sempat menanggalkan pakaian. Setiap orang membawa senjatanya sekalipun sewaktu mengambil air minuman.


Mereka menyebabkan seruan orang miskin sampai kepada-Nya, dan Dia mendengar seruan orang yang sengsara.


Berfirmanlah TUHAN, “Aku telah menyaksikan penindasan umat-Ku di Mesir, dan mendengar rintihan mereka kerana dianiayai oleh para tukang kerah mereka. Aku tahu tentang keperitan yang dialami mereka.


Sesungguhnya, kebun anggur TUHAN alam semesta, ialah keturunan kaum Israel, dan orang Yehuda ialah tanaman kesukaan-Nya. Dinantikan-Nya keadilan, tetapi hanya ada penumpahan darah. Dinantikan-Nya perbenaran, tetapi hanya ada jerit penderitaan.


Kemudian turun lagi firman daripada TUHAN kepada Yeremia setelah Raja Zedekia mengikat perjanjian dengan seluruh rakyat yang ada di Yerusalem untuk memaklumkan kebebasan,


Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Cukuplah itu, wahai raja-raja Israel! Jauhkanlah kekerasan dan penjarahan. Tegakkanlah keadilan dan kebenaran. Hentikanlah perampasan terhadap milik umat-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Inilah lagi satu hal yang kamu lakukan: Kamu meliputi mazbah TUHAN dengan air mata, tangisan, dan rintihan, kerana Dia tidak lagi mengendahkan persembahanmu dan tidak berkenan menerimanya daripada tanganmu.


Tidakkah Allah akan membela umat pilihan-Nya yang berseru kepada-Nya siang dan malam? Adakah Dia akan bertangguh untuk melaksanakan keadilan bagi mereka?


Esoknya, dia terlihat pula dua orang Israel sedang bergaduh lalu cuba mendamaikan mereka, katanya, ‘Kamu bersaudara. Mengapa kamu saling menganiaya?’


Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladangmu. Dengarlah rintihan mereka! Orang yang menuai hasil ladangmu berseru minta dibela nasibnya dan suara mereka telah sampai ke telinga Tuhan alam semesta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan