Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Namun begitu, apabila Sanbalat, Tobia, orang Arab, bani Amon, dan orang Asdod mendengar perihal kemajuan pesat kerja-kerja pembaikan tembok Yerusalem dan betapa lubang-lubangnya mulai tertutup, maka sangat marahlah mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Ketika Sanbalat, Tobia, orang Arab, orang Amon, dan orang Asdod mendengar bahawa pekerjaan memperbaiki tembok Yerusalem itu maju dengan pesat, dan bahawa lubang-lubang pada tembok itu sudah ditutup, mereka naik berang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Ketika Sanbalat, Tobia, orang Arab, orang Amon, dan orang Asdod mendengar bahawa pekerjaan memperbaiki tembok Yerusalem itu maju dengan pesat, dan bahawa lubang-lubang pada tembok itu sudah ditutup, mereka naik berang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:7
29 Iomraidhean Croise  

Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dengan perempuan ini, dan antara keturunanmu dengan keturunannya. Keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan kamu akan meremukkan tumitnya.”


Kemudian TUHAN mengirim pelbagai gerombolan iaitu daripada orang Kasdim, orang Aram, orang Moab, dan daripada bani Amon untuk mendatangi Yehuda untuk membinasakan negeri itu, selaras dengan firman yang disampaikan TUHAN dengan perantaraan para hamba-Nya, para nabi.


Sesudah itu bani Moab dan bani Amon datang bersama orang Meunim untuk berperang melawan Yosafat.


Semoga Raja maklum bahawa kami telah pergi ke wilayah Yehuda, ke Bait Allah Yang Maha Besar. Bait itu sedang dibina dengan batu yang besar-besar, dan tembok-temboknya dilapisi dengan kayu. Pekerjaan itu dikerjakan dengan saksama dan berjalan lancar dalam tangan mereka.


Ketika hal itu didengar oleh Sanbalat, orang Horon, dan Tobia, seorang pegawai bangsa Amon, bahawa ada orang yang datang untuk mengusahakan agar orang Israel beroleh kesejahteraan, mereka sangat tidak suka.


Tetapi ketika Sanbalat, orang Horon, juga Tobia, orang Amon, si pegawai itu, dan orang Arab itu iaitu Gesyem, mendengar hal itu, mereka mengolok-olokkan dan menghina kami. Kata mereka, “Apakah yang kamu lakukan itu? Adakah kamu mahu memberontak menentang raja?”


Begitu terganggu dan teramat marahlah Sanbalat apabila didengarnya bahawa kami sedang membina semula tembok itu lalu dia mengolok-olokkan orang Yahudi.


Kami terus membina semula tembok sehingga seluruh tembok itu siap setakat separuh ketinggiannya, berkat usaha umat yang sememangnya bekerja dengan penuh tekad.


Mereka semua bermuafakat bersama untuk datang memerangi Yerusalem dan mengadakan huru-hara di sana.


Apabila hal itu terdengar oleh semua musuh kami dan semua bangsa di sekeliling kami melihatnya, maka takutlah mereka. Begitu tebal muka mereka setelah menyedari bahawa dengan bantuan Allah kami, pekerjaan itu telah dilaksanakan.


semua bangsa campuran; semua raja negeri Us; semua raja negeri Filistin (Askelon, Gaza, Ekron, dan saki-baki orang Asdod);


Lalu Ismael menawan seluruh sisa rakyat yang ada di Mizpa, iaitu puteri-puteri raja dan seluruh rakyat yang masih tinggal di Mizpa, yang diserahkan ke dalam pengawasan Gedalya anak Ahikam oleh Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal. Ismael anak Netanya menawan mereka dan pergi menyeberang ke daerah bani Amon.


Beginilah firman TUHAN, “Atas sebab tiga, bahkan empat pelanggaran bani Amon, Aku tidak akan menarik balik hukuman baginya. Kerana mereka telah merobekkan perut para perempuan yang mengandung di Gilead demi meluaskan daerah mereka,


Akan Kulenyapkan penduduk dari Asdod, juga dia yang memegang cokmar kerajaan dari Askelon. Aku akan bertindak melawan Ekron, sehingga binasalah kesemua saki-baki orang Filistin,” demikianlah firman Tuhan Allah.


Canangkanlah di dalam puri-puri di Asdod dan di dalam puri-puri di Tanah Mesir. Katakanlah, “Berkumpullah di gunung-gunung sekitar Samaria. Lihatlah kegemparan besar yang ada di dalamnya dan penindasan yang berlaku di tengah-tengahnya.”


Apabila anggota-anggota Majlis Agama mendengar kata-kata itu, mereka sangat marah sehingga berura-ura hendak membunuh para rasul.


Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus.


Tetapi Nahas, orang Amon itu, berkata kepada mereka, “Aku akan mengikat perjanjian dengan kamu dengan syarat bahawa setiap mata kananmu akan kucungkil; dengan demikian aku mengaibkan seluruh orang Israel.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan