Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:21 - Alkitab Versi Borneo

21 Demikianlah kami melaksanakan pekerjaan itu dengan sebahagian daripada orang memegang tombak, dari waktu fajar menyingsing sampai waktu bintang-bintang muncul.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

21 Demikianlah kami bekerja tiap-tiap hari, mulai dari subuh sehingga bintang-bintang kelihatan di langit. Setengah daripada rakyat bekerja memperbaiki tembok, dan setengah lagi berkawal dengan membawa tombak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

21 Demikianlah kami bekerja tiap-tiap hari, mulai dari subuh sehingga bintang-bintang kelihatan di langit. Setengah daripada rakyat bekerja memperbaiki tembok, dan setengah lagi berkawal dengan membawa tombak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:21
6 Iomraidhean Croise  

Kalau kamu mendengar bunyi nafiri di suatu tempat, berkumpullah di sana mendapatkan kami. Allah kita akan berperang bagi kita.”


Juga pada waktu itu aku berkata kepada rakyat, “Setiap orang dengan anak buahnya harus bermalam di Yerusalem, supaya mereka dapat menjadi penjaga kami pada malam hari dan bekerja pada siang hari.”


Tetapi dengan kasih kurnia Allah, aku telah menjadi seperti diriku sekarang. Kasih kurnia-Nya yang telah dianugerahkan-Nya kepadaku tidaklah sia-sia, kerana aku telah bekerja lebih keras daripada mereka semua; sesungguhnya bukan aku yang melakukannya, tetapi kasih kurnia Allah yang bersamaku.


Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, teguhkan pendirian, jangan berganjak, dan bersungguh-sungguhlah dalam pengabdianmu kepada Tuhan. Kamu tahu bahawa dalam Tuhan, jerih lelahmu tidak akan sia-sia.


Janganlah kita jemu berbuat baik, kerana pada musimnya nanti kita akan menuai jika kita tidak berputus asa.


Untuk tujuan inilah juga aku berusaha, berjuang dengan segala kekuatan kuasa-Nya yang bertindak hebat dalam diriku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan