Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Maka di hadapan saudara-saudaranya dan tentera Samaria dia berkata, “Apalah sangat yang terdaya dilakukan orang Yahudi yang lemah ini? Adakah mereka akan membina semula apa-apa sahaja yang dikehendaki mereka? Adakah mereka mahu mempersembahkan korban? Adakah mereka akan selesai pada hari ini? Adakah mereka akan menghidupkan kembali batu-batu daripada timbunan puing yang telah terbakar itu?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Di hadapan sahabat-sahabatnya dan pasukan tentera Samaria, dia berkata, “Apakah yang sedang dilakukan oleh orang Yahudi yang celaka ini? Adakah mereka berniat untuk membina semula kota ini? Adakah mereka berfikir bahawa dengan mempersembahkan korban, mereka akan menyelesaikan pekerjaan itu dalam sehari? Dapatkah mereka membuat batu binaan daripada tumpukan sampah yang sudah hangus?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Di hadapan sahabat-sahabatnya dan pasukan tentera Samaria, dia berkata, “Apakah yang sedang dilakukan oleh orang Yahudi yang celaka ini? Adakah mereka berniat untuk membina semula kota ini? Adakah mereka berfikir bahawa dengan mempersembahkan korban, mereka akan menyelesaikan pekerjaan itu dalam sehari? Dapatkah mereka membuat batu binaan daripada tumpukan sampah yang sudah hangus?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:2
17 Iomraidhean Croise  

Maka penduduk negeri itu mematahkan semangat orang Yehuda dan sering mengganggu kalangan umat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan itu.


Pada waktu perasmian dan pentahbisan tembok Yerusalem, bani Lewi dicari dari segala tempat tinggal mereka dan dibawa ke Yerusalem untuk mengadakan perasmian dan pentahbisan yang meriah dengan ucapan syukur dan dengan nyanyian diiringi ceracap, gambus, serta kecapi.


Pada hari itu mereka mempersembahkan korban yang hebat-hebat. Mereka bersuka ria kerana Allah telah mengurniakan kepada mereka sukacita yang besar. Kaum perempuan dan anak-anak pun bersuka ria sehingga keriangan di Yerusalem itu terdengar sampai jauh.


Sementara itu orang Yehuda berkata, “Kekuatan kalangan yang memikul barang buangan sudah merosot walhal masih ada begitu banyak puing hinggakan kami tidak dapat meneruskan pembinaan semula tembok itu.”


Genap dalam lima puluh dua hari, selesailah pembinaan semula tembok itu iaitu pada hari kedua puluh lima bulan Elul.


Mereka telah berkata, “Marilah kita hapuskan mereka sebagai suatu bangsa, supaya nama Israel akan luput dari ingatan.”


“Mikha, orang Moresyet, pernah bernubuat pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Kepada seluruh rakyat Yehuda dia berkata, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta: Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.’


“Tidakkah kauperhatikan apa yang diucapkan bangsa ini? Mereka berkata, ‘TUHAN telah menolak kedua-dua kaum yang dipilih-Nya.’ Mereka menista umat-Ku sehingga tidak lagi menganggapnya sebagai sebuah bangsa.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Ya TUHAN, aku telah mendengar khabar tentang Engkau, dan pekerjaan-Mu, ya TUHAN, sememangnya aku takuti. Hidupkanlah pekerjaan-Mu kembali dalam zaman kami, nyatakannya dalam tempoh kami; tetapi dalam murka-Mu, ingatlah rahmat-Mu.


Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, sehingga yang paling lemah antara mereka saat itu akan menjadi seperti Daud, dan keturunan kaum Daud akan menjadi seperti Tuhan, seperti malaikat TUHAN yang memimpin mereka.


Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? Mereka akan bersukacita ketika melihat batu ladung di tangan Zerubabel. Ketujuh-tujuh pelita ini adalah mata TUHAN yang menjelajahi seluruh bumi.”


Sememangnya Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak. Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan