Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:17 - Alkitab Versi Borneo

17 yang membina semula tembok. Orang yang memikul serta mengangkut beban melakukan pekerjaannya dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan yang lain memegang senjata.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 yang memperbaiki tembok itu. Bahkan mereka yang mengangkat bahan binaan pun bekerja dengan satu tangan, dan membawa senjata dengan tangan sebelah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 yang memperbaiki tembok itu. Bahkan mereka yang mengangkat bahan binaan pun bekerja dengan satu tangan, dan membawa senjata dengan tangan sebelah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:17
15 Iomraidhean Croise  

Oleh sebab itu kutempatkan umat di bahagian-bahagian terendah di belakang tembok, di tempat-tempat yang terbuka. Aku menempatkan mereka menurut kaum keluarga mereka dengan pedang, tombak, dan panah mereka.


Sejak hari itu sebahagian daripada anak buahku bekerja dan sebahagian yang lain memegang tombak, perisai, busur panah, serta berbaju zirah, sedangkan para pemimpin menempatkan diri di belakang seluruh keturunan kaum Yehuda


Dan setiap pembina yang melaksanakan pembinaan semula menyandang pedang di pinggang masing-masing sambil bekerja, sementara orang yang meniup nafiri ada di sisiku.


Biarlah pujian tinggi bagi Allah di lidah mereka dan pedang bermata dua di tangan mereka,


Semuanya lengkap dengan pedang, dan siap terlatih ilmu peperangan. Masing-masing dengan pedang di pinggang, siap menghadapi ancaman kengerian malam.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Mereka tidak dorong-mendorong, masing-masing berkawad mengikut jalannya. Mereka menghambur menerobos senjata musuh, namun barisan mereka tidak terputus.


Berhati-hatilah, berdiri teguh dalam iman, sentiasa berani dan gigih.


kerana pintu untuk melakukan pekerjaan besar telah terbuka luas bagiku walaupun ramai orang yang menentang.


Jika orang lain berhak mengharapkannya daripadamu, bukankah kami lebih berhak lagi? Namun demikian, kami tidak menggunakan hak itu. Kami lebih suka menanggung segala-galanya supaya tidak tergendala penyebaran Injil tentang Kristus.


Kami menyampaikan kebenaran, dan hidup dalam kuasa Allah. Kami bersenjatakan perbenaran, di tangan kanan dan kiri.


dan sama sekali tidak takut akan musuh-musuhmu. Bagi mereka, ini adalah tanda kebinasaan tetapi bagimu adalah tanda penyelamatan daripada Allah.


Kamu mestilah ikut serta menanggung kesusahan sebagai seorang askar yang baik di bawah Kristus Yesus.


Aku telah berjuang dalam perjuangan mulia ini, aku telah sampai ke garis akhir, aku telah setia dalam iman.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan