Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Setelah kuamati, segeralah aku berkata kepada para bangsawan, para pemimpin, dan umat selebihnya, “Jangan takut kepada mereka. Ingatlah kepada Tuhan yang besar dan teramat hebat, dan berperanglah demi para saudaramu, anak-anakmu baik lelaki mahupun perempuan, isterimu, dan rumahmu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, “Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, “Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:14
34 Iomraidhean Croise  

Kuatkanlah hatimu dan marilah kita bertabah hati demi bangsa kita dan demi kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik di sisi-Nya.”


“Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu! Janganlah takut dan janganlah kecut hati terhadap raja Asyur dan terhadap seluruh pasukan yang menyertainya, kerana yang menyertai kita lebih besar daripada yang menyertainya.


kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya,


Dari arah utara datang sinar keemasan. Allah berselubung dengan kemegahan yang menggerunkan.


Aku mengenang zaman silam; aku merenungkan semua perbuatan-Mu, aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.


Ada orang yang meletakkan kepercayaan pada pedati atau kuda, tetapi kita semata-mata mengingati nama TUHAN, Allah kita.


TUHAN cahayaku dan penyelamatanku — siapa perlu kutakuti? TUHAN kekuatan hidupku — siapa harus aku gentar?


TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita; Allah Yakub tempat kita berlindung. Sela


Engkau akan menjawab rayuan kami dengan perbuatan benar yang menakjubkan, Ya Allah Penyelamat kami, Engkaulah harapan seluruh bumi dan lautan yang jauh,


Katakan kepada Allah, “Alangkah menakjubkan segala perbuatan-Mu! Kekuasaan-Mu sungguh besar semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu.


Marilah melihat perbuatan Allah, Dia sungguh menakjubkan dalam perbuatan-Nya terhadap anak-anak manusia!


TUHAN akan berperang untuk kamu, dan kamu hanya perlu berdiam sahaja.”


Dia melepaskan roda-roda rata mereka sehingga berat untuk dikemudikan. Kata orang Mesir, “Mari kita lari daripada orang Israel kerana ternyata memang TUHAN yang berperang melawan Mesir untuk mereka.”


Ingatlah Penciptamu pada masa mudamu, sebelum tiba hari-hari yang susah dan menjelang tahun-tahun yang akan kamu kata: “Tiada kesenangan bagiku dalam hidup ini”,


Dengan kata-kata licik, dia akan mencabuli orang yang berlaku fasiq terhadap perjanjian itu. Tetapi umat yang mengenal Allah mereka akan tetap kuat dan akan bertindak dengan berani.


Setelah itu, TUHAN akan maju berperang melawan bangsa-bangsa itu seperti ketika Dia berperang pada hari pertempuran.


Hanya, janganlah derhaka terhadap TUHAN dan janganlah kamu takut kepada rakyat negeri itu, kerana mereka itu betapa mudah kita gempurkan. Pelindung mereka sudah meninggalkan mereka, sedangkan TUHAN menyertai kita. Jadi, jangan takut kepada mereka.”


Jangan takut akan mereka yang hanya dapat membunuh jasad tetapi tidak berkuasa memusnahkan jiwa. Takutilah Dia yang berkuasa memusnahkan jasad dan jiwa di dalam neraka.


Ketahuilah bahawa TUHAN, Allahmu, telah menyerahkan negeri itu kepadamu. Majulah dan dudukilah tanah itu, seperti yang difirmankan TUHAN, Allah nenek moyangmu, kepadamu. Jangan takut dan jangan berasa kecewa.’


TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah segala allah, Tuhan segala tuhan, Allah yang besar, perkasa, dan tersangat hebat, yang tidak memilih kasih serta tidak menerima sogokan.


Oleh itu, kita boleh berkata dengan bersemangat: “Tuhan Penolongku; Aku tidak akan takut. Apa yang dapat dilakukan manusia kepadaku?”


Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu, ‘Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu’? Jangan gentar dan jangan kecut hati, kerana TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana-mana jua pun engkau pergi.”


Setibanya di sana ditiupnyalah sangkakala di wilayah pergunungan Efraim, lalu keluarlah orang Israel beramai-ramai mendatanginya. Lalu berdirilah Ehud di hadapan khalayak itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan