Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Begitu terganggu dan teramat marahlah Sanbalat apabila didengarnya bahawa kami sedang membina semula tembok itu lalu dia mengolok-olokkan orang Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Apabila Sanbalat mendengar bahawa kami orang Yahudi sudah mula memperbaiki tembok kota, dia sangat marah dan mula mengolok-olok kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Apabila Sanbalat mendengar bahawa kami orang Yahudi sudah mula memperbaiki tembok kota, dia sangat marah dan mula mengolok-olok kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:1
13 Iomraidhean Croise  

Salah seorang anak Imam Besar Yoyada anak Elyasib menjadi menantu Sanbalat, si bani Horon itu. Lantas kuusir dia dari hadapanku.


Ketika hal itu didengar oleh Sanbalat, orang Horon, dan Tobia, seorang pegawai bangsa Amon, bahawa ada orang yang datang untuk mengusahakan agar orang Israel beroleh kesejahteraan, mereka sangat tidak suka.


Tetapi ketika Sanbalat, orang Horon, juga Tobia, orang Amon, si pegawai itu, dan orang Arab itu iaitu Gesyem, mendengar hal itu, mereka mengolok-olokkan dan menghina kami. Kata mereka, “Apakah yang kamu lakukan itu? Adakah kamu mahu memberontak menentang raja?”


Genap dalam lima puluh dua hari, selesailah pembinaan semula tembok itu iaitu pada hari kedua puluh lima bulan Elul.


Apabila hal itu terdengar oleh semua musuh kami dan semua bangsa di sekeliling kami melihatnya, maka takutlah mereka. Begitu tebal muka mereka setelah menyedari bahawa dengan bantuan Allah kami, pekerjaan itu telah dilaksanakan.


Kata Raja Zedekia kepada Yeremia, “Aku khuatir kepada orang Yehuda yang telah membelot kepada orang Kasdim. Jangan-jangan aku diserahkan ke dalam tangan mereka lalu mereka mempermainkan aku.”


Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalu mengeluarkan perintah untuk membunuh semua anak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Betlehem dan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintang tentang masa bintang itu mula-mula muncul.


Mereka membuat mahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepala Yesus dan menggenggamkan mensiang di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut kepada-Nya sambil mengejek-Nya, “Hai Raja orang Yahudi!”


Imam besar dan semua yang bersamanya (iaitu daripada mazhab orang Saduki) amat iri hati


Setengah-setengahnya pula menghadapi dugaan dengan diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan