Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Di sebelah Zadok kalangan Tekoa menjalankan kerja-kerja pembaikan, tetapi kaum bangsawan mereka tidak mahu berganding bahu demi berkhidmat kepada para pemimpin mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Orang dari kota Tekoa membina bahagian tembok yang selanjutnya, tetapi para pemimpin kota itu tidak mahu melakukan pekerjaan kasar yang diberikan kepada mereka oleh para penyelia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Orang dari kota Tekoa membina bahagian tembok yang selanjutnya, tetapi para pemimpin kota itu tidak mahu melakukan pekerjaan kasar yang diberikan kepada mereka oleh para penyelia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:5
17 Iomraidhean Croise  

Maka Yoab menghantar orang ke Tekoa untuk menjemput seorang perempuan yang bijak dari sana. Lalu Yoab berkata kepadanya, “Berpura-puralah berkabung dan kenakanlah pakaian perkabungan. Jangan guna minyak wangi. Sebaliknya, bertindaklah seperti seorang perempuan yang sudah lama berkabung kerana kematian seseorang.


Dia membina Betlehem, Etam, Tekoa,


Di sisi Pedaya pula orang Tekoa memperbaik bahagian yang lain, dari depan menara besar yang menjulang itu sampai ke tembok Ofel.


Di sebelah mereka Meremot anak Uria anak Hakos menjalankan kerja-kerja pembaikan, manakala di sebelah Meremot pula ialah Mesulam anak Berekhya anak Mesezabeel dan seterusnya Zadok anak Baana juga menjalankan kerja-kerja pembaikan.


Pintu Gerbang Lama diperbaik oleh Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang segala pintunya berserta pengancing dan palangnya.


Kepada Zedekia, raja Yehuda, kusampaikan pula segala firman itu. Kataku, “Relakanlah tengkukmu dikenakan kuk raja Babel. Takluklah kepadanya dan kepada bangsanya supaya kamu hidup.


Beginilah firman TUHAN kepadaku, “Buatlah tali pengikat dan kuk, lalu pasanglah pada tengkukmu.


Jika ada bangsa atau kerajaan yang tidak mahu takluk kepada Nebukadnezar, raja Babel, dan yang tidak mahu merelakan tengkuknya dikenakan kuk raja Babel, maka bangsa itu akan Kuhukum dengan pedang, bencana kebuluran, dan wabak penyakit,” demikianlah firman TUHAN, “sampai Aku menghancurkan mereka dengan perantaraannya.


Selamatkanlah diri, wahai bani Benyamin, dari tengah-tengah Yerusalem! Tiuplah sangkakala di Tekoa dan pasanglah api isyarat di atas Bet-Kerem! Kerana dari utara malapetaka mengintai, dan suatu kehancuran yang besar.


Berikutlah kata-kata Amos, salah seorang gembala dari Tekoa, mengenai apa yang dilihatnya sehubungan dengan Israel pada zaman Uzia raja Yehuda dan pada zaman Yerobeam anak Yoas raja Israel, dua tahun sebelum kejadian gempa bumi.


Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang.


Sekarang ini mengapa saudara-saudara menduga Allah dengan meletakkan pada leher murid-murid suatu beban yang tidak dapat ditanggung oleh nenek moyang kita, malah oleh kita ini juga?


Saudara-saudara! Fikirkan keadaanmu ketika Allah memanggilmu. Di mata manusia, tidak ramai daripadamu yang bijak, atau berkuasa, atau bangsawan.


“Kutuklah kota Meros,” sabda Malaikat TUHAN, “kutuklah habis-habisan penduduknya, kerana mereka tidak datang sebagai pahlawan demi membantu TUHAN untuk memerangi musuh.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan