30 Di sebelah Semaya, Hananya anak Selemya dan Hanun, anak lelaki keenam Zalaf, memperbaik bahagian yang lain. Di sisi mereka Mesulam anak Berekhya menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan biliknya.
30 Hananya anak Selemya, dan Hanun, anak Zalaf yang keenam, membina bahagian tembok yang selanjutnya; bahagian tembok ini adalah bahagian kedua yang dibina oleh mereka. Mesulam anak Berekhya membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumahnya.
30 Hananya anak Selemya, dan Hanun, anak Zalaf yang keenam, membina bahagian tembok yang selanjutnya; bahagian tembok ini adalah bahagian kedua yang dibina oleh mereka. Mesulam anak Berekhya membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumahnya.
Aku mengangkat bendahara untuk mengawasi perbendaharaan, iaitu Imam Selemya dan Zadok, ahli Kitab Suci Taurat itu, serta Pedaya, seorang Lewi, sedangkan Hanan anak Zakur anak Matanya menjadi pembantu mereka kerana mereka itu dianggap sebagai boleh dipercayai dan mereka bertugas mengurus pembahagian untuk saudara-saudara mereka.
Di samping mereka Zadok anak Imer menjalankan kerja pembaikan di berhadapan dengan rumahnya sendiri, lalu di sampingnya Semaya anak Sekhanya, penjaga Pintu Gerbang Timur, juga menjalankan kerja pembaikan.
Selanjutnya, di samping Mesulam, salah seorang tukang emas iaitu Malkia, menjalankan kerja pembaikan sampai ke rumah para hamba Bait Allah dan para pedagang di depan Pintu Gerbang Perbarisan, sampai ke bilik atas di bahagian penjuru.
Di sebelah mereka Meremot anak Uria anak Hakos menjalankan kerja-kerja pembaikan, manakala di sebelah Meremot pula ialah Mesulam anak Berekhya anak Mesezabeel dan seterusnya Zadok anak Baana juga menjalankan kerja-kerja pembaikan.
Memang ramai orang di Tanah Yehuda terikat sumpah dengannya, kerana dia ialah menantu Sekhanya anak Arah, manakala anaknya, Yohanan pula memperisteri anak perempuan Mesulam anak Berekhya.