Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Pintu Gerbang Ikan dibina oleh bani Senaa. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang pintu-pintunya serta pengancing-pengancing dan palang-palangnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Puak Senaa membina Pintu Gerbang Ikan. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Puak Senaa membina Pintu Gerbang Ikan. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:3
11 Iomraidhean Croise  

Setelah itu, dia membangunkan tembok luar Kota Daud di sebelah barat Gihon, di lembah, sampai jalan masuk Pintu Gerbang Ikan, mengelilingi Ofel. Tembok itu dibuatnya tinggi sekali, lalu ditempatkannya para panglima pasukan di semua kota berkubu di Yehuda.


bani Senaa, 3,630 orang.


juga bahagian atas Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Lama, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel dan Menara Mea, ke arah Pintu Gerbang Domba. Di Pintu Gerbang Pengawalan mereka berhenti.


juga sepucuk surat untuk Asaf, pengawas hutan raja, supaya dia memberi hamba kayu untuk membuat segala galang bagi pintu-pintu gerbang puri Bait Suci, bagi tembok kota, dan bagi rumah yang akan hamba diami.” Raja mengabulkan permintaanku kerana tangan Allahku yang baik menaungi aku.


Di sebelah mereka Meremot anak Uria anak Hakos menjalankan kerja-kerja pembaikan, manakala di sebelah Meremot pula ialah Mesulam anak Berekhya anak Mesezabeel dan seterusnya Zadok anak Baana juga menjalankan kerja-kerja pembaikan.


Pintu Gerbang Lama diperbaik oleh Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang segala pintunya berserta pengancing dan palangnya.


Apabila Sanbalat, Tobia, dan Gesyem, orang Arab itu, serta musuh-musuh kami selebihnya mendengar bahawa aku telah membina semula tembok sehingga tidak ada lagi lubang — biarpun pada ketika itu pintu-pintu gerbangnya belum lagi kupasang,


Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.


bani Senaa, 3,930 orang.


kerana Dia telah mengukuhkan palang-palang pintu pagarmu; Dia telah memberkati anak-anak di dalammu.


“Pada hari itu juga,” demikianlah firman TUHAN, “akan terdengar teriakan dari Pintu Gerbang Ikan, raungan daripada kejiranan kota kedua itu, dan bunyi keruntuhan sebegitu kuat dari bukit-bukit.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan