Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:16 - Alkitab Versi Borneo

16 Di sampingnya Nehemia anak Azbuk, pemimpin separuh daripada daerah Bet-Zur, menjalankan kerja pembaikan sampai ke tempat di depan pemakaman Daud, ke kolam buatan, dan ke berek para kesateria.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:16
18 Iomraidhean Croise  

Riwayat Hizkia yang selebihnya, segala kejayaannya, dan bagaimana dia membuat kolam serta saluran air dan mengalirkan air ke dalam kota, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda?


Anak Samai ialah Maon, dan Maon ialah ayah Bet-Zur.


dan dia dimakamkan di permakaman yang telah digalinya bagi dirinya di Kota Daud. Jenazahnya dibaringkan di atas perbaringan yang penuh dengan rempah-ratus dan wangi-wangian yang dicampurkan menurut kepandaian tukang rempah-ratus. Api yang sangat besar dinyalakan untuk menghormatinya.


Lalu aku berjalan terus ke Pintu Gerbang Air Pancut dan ke Kolam Raja, tetapi ruang laluannya tidak cukup bagi haiwan tungganganku.


manakala di sebelah mereka, Salum anak Halohes, pemimpin separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama anak-anak perempuannya.


Malkia anak Rekhab, pemimpin wilayah Bet-Kerem memperbaik Pintu Gerbang Sampah dan dia membinanya semula dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya.


Bersebelahan dengan Nehemia anak Azbuk pula, bani Lewi menjalankan kerja pembaikan di bawah pimpinan Rehum anak Bani. Kemudian di sebelah mereka Hasabya, pemimpin separuh daripada daerah Kehila, menjalankan kerja pembaikan untuk wilayahnya.


Di sebelah Hananya, Refaya anak Hur iaitu seorang pemimpin bagi separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan,


aku menggali kolam-kolam air untuk mengairi hutan rimba iaitu tapak permulaan segala anak pokok.


Lihat, itu tandu Salomo! Enam puluh orang kesateria mengelilinginya, daripada kalangan kesateria Israel.


Kamu membuat empangan air di antara kedua-dua tembok itu untuk menampung air daripada kolam lama. Tetapi kamu tidak memandang kepada Dia yang menjadikan hal itu, dan tidak mengendahkan Dia yang telah menentukannya sejak lama.


Kamu memperhatikan bahawa retak-retak begitu banyak di tembok Kota Daud, lalu kamu mengumpulkan air kolam bawah.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Yesaya, “Keluarlah engkau bersama-sama anakmu Syear Yasyub dan temuilah Ahas di hujung saluran kolam atas, di jalan raya yang menuju Padang Para Dobi.


Saudara-saudaraku, aku akan bercakap terus terang kepadamu tentang moyang kita Daud, bahawa dia sudah meninggal dan dimakamkan, dan makamnya ada di tanah kita sampai hari ini.


Halhul, Bet-Zur, Gedor,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan