Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:15 - Alkitab Versi Borneo

15 Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:15
19 Iomraidhean Croise  

Kemudian Daud tinggal di kubu pertahanan itu dan menamakannya Kota Daud. Kota itu dibinanya di sekeliling kubu itu, bermula dari Milo ke arah dalam.


Kemudian berlakulah rekahan pada tembok kota lalu larilah semua pejuang pada waktu malam melalui jalan pintu gerbang di antara kedua-dua tembok yang terletak dekat taman raja, sementara orang Kasdim mengepung kota itu. Mereka lari menuju Araba.


Hizkia jugalah yang membendung mata air Gihon di hulu dan mengalirkannya ke hilir, ke sebelah barat Kota Daud. Hizkia berhasil dalam segala pekerjaannya.


Di Pintu Gerbang Air Pancut mereka maju terus lalu menaiki tangga Kota Daud di tanjakan tembok, melalui bahagian atas istana Daud ke arah Pintu Gerbang Air di sebelah timur.


Lalu aku berjalan terus ke Pintu Gerbang Air Pancut dan ke Kolam Raja, tetapi ruang laluannya tidak cukup bagi haiwan tungganganku.


Aku berkata kepada mereka, “Kamu lihat kesusahan yang kita alami, bagaimana Yerusalem rosak dan pintu-pintu gerbangnya hangus dijilat api. Mari kita bina semula tembok Yerusalem supaya kita tidak lagi menjadi bahan cacian.”


manakala di sebelah mereka, Salum anak Halohes, pemimpin separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama anak-anak perempuannya.


Malkia anak Rekhab, pemimpin wilayah Bet-Kerem memperbaik Pintu Gerbang Sampah dan dia membinanya semula dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya.


Di sebelah mereka Ezer anak Yesua, pemimpin Mizpa, memperbaik bahagian yang lain di depan jalan naik ke gudang senjata di bahagian penyangga.


Di sebelah mereka Melaca, orang Gibeon, dan Yadon, orang Meronot, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama orang Gibeon dan Mizpa yang berada di bawah bidang kuasa pembesar daerah seberang Sungai Efrat.


Di sebelah Hananya, Refaya anak Hur iaitu seorang pemimpin bagi separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan,


aku menggali kolam-kolam air untuk mengairi hutan rimba iaitu tapak permulaan segala anak pokok.


“Kerana bangsa ini menolak air Syiloah yang mengalir perlahan-lahan, dan bergirang kerana Rezin serta anak Remalya,


Maka Yeremia pergi menghadap Gedalya anak Ahikam di Mizpa, dan tinggal bersama-samanya di tengah-tengah saki-baki rakyat di negeri itu.


Bagaimanakah pula dengan lapan belas orang yang mati ditimpa oleh menara di Siloam? Adakah mereka lebih bersalah daripada semua penduduk lain di kota Yerusalem?


Yesus berkata kepadanya, “Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam” (Siloam bererti “diutus” dalam bahasa Ibrani). Orang itu pun pergi membasuh muka. Apabila dia kembali, dia sudah dapat melihat.


Kemudian keluarlah semua orang Israel dari Dan sampai Bersyeba dan juga dari Tanah Gilead, lalu berhimpunlah kesemua umat yang bersatu itu menghadap TUHAN di Mizpa.


Kedengaranlah kepada bani Benyamin, bahawa orang Israel telah maju ke Mizpa. Berkatalah orang Israel, “Ceritakan bagaimana kedurjanaan itu terjadi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan