Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Imam Besar Elyasib bersama dengan saudara-saudaranya, para imam, segera membina semula Pintu Gerbang Domba. Mereka menyucikannya dan memasang pintu-pintunya sampai sejauh Menara Mea dan Menara Hananeel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Beginilah caranya tembok kota Yerusalem diperbaiki. Imam Agung Elyasib dan imam-imam lain membina semula Pintu Gerbang Domba, memasang daun-daun pintunya dan mentahbiskan semuanya. Mereka mentahbiskan tembok sampai ke Menara Seratus dan Menara Hananeel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Beginilah caranya tembok kota Yerusalem diperbaiki. Imam Agung Elyasib dan imam-imam lain membina semula Pintu Gerbang Domba, memasang daun-daun pintunya dan mentahbiskan semuanya. Mereka mentahbiskan tembok sampai ke Menara Seratus dan Menara Hananeel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:1
19 Iomraidhean Croise  

Yesua mempunyai anak, iaitu Yoyakim, kemudian turun-temurunnya ialah Elyasib, Yoyada,


Para imam dan bani Lewi menyucikan diri, lalu menyucikan rakyat, pintu-pintu gerbang, dan juga tembok itu.


juga bahagian atas Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Lama, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel dan Menara Mea, ke arah Pintu Gerbang Domba. Di Pintu Gerbang Pengawalan mereka berhenti.


Salah seorang anak Imam Besar Yoyada anak Elyasib menjadi menantu Sanbalat, si bani Horon itu. Lantas kuusir dia dari hadapanku.


Sebelum itu Imam Elyasib yang ada hubungan kekeluargaan dengan Tobia dilantik untuk mengawasi bilik-bilik Bait Allah kami.


Di samping Ezer, Barukh anak Zabai dengan giat memperbaik bahagian yang lain, dari bahagian penyangga sampai ke pintu rumah Imam Besar Elyasib.


Di samping Barukh, Meremot anak Uria anak Hakos juga memperbaik bahagian yang lain, dari pintu masuk Elyasib sampai ke hujung rumah Elyasib.


Di antara bilik atas di bahagian penjuru dengan Pintu Gerbang Domba, para tukang emas dan para pedagang menjalankan kerja pembaikan.


Apabila Sanbalat, Tobia, dan Gesyem, orang Arab itu, serta musuh-musuh kami selebihnya mendengar bahawa aku telah membina semula tembok sehingga tidak ada lagi lubang — biarpun pada ketika itu pintu-pintu gerbangnya belum lagi kupasang,


Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.


Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan seteruku bergembira menumpaskan aku.


Berjalanlah serata Sion, bersiar kelilingnya, hitung menara-menaranya,


Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.


Muliakanlah TUHAN dengan hartamu dan dengan hasil pertama daripada segala penghasilanmu,


“Sesungguhnya, waktunya akan datang,” demikianlah firman TUHAN, “bahawa kota itu akan dibangunkan kembali bagi kemuliaan TUHAN, dari Menara Hananeel sampai ke Pintu Gerbang Sudut.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Seluruh negeri itu akan berubah menjadi dataran, iaitu dari Geba sampai ke Rimon di sebelah selatan Yerusalem. Kota itu akan menjulang tinggi dan tetap tegak di tempatnya, dari Pintu Gerbang Benyamin sampai ke tempat pintu gerbang terdahulu serta ke Pintu Gerbang Sudut; juga dari Menara Hananeel sampai ke tempat pemerasan anggur raja.


Di Yerusalem, berdekatan Pintu Domba, ada sebuah kolam yang dipanggil Baithasda dalam bahasa Ibrani. Kolam ini dikelilingi lima buah serambi.


Kemudian hendaklah para pegawai yang memimpin pasukan berkata demikian kepada pasukan itu, ‘Siapakah yang baru selesai membina rumah tetapi belum mengadakan kesyukuran ke atasnya? Biarlah dia pulang ke rumahnya, supaya jangan dia mati dalam peperangan lalu orang lain yang mengadakan kesyukuran ke atas rumahnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan